Apa itu depresi & cara menanganinya..

Assalamualaikum dan selamat pagi.. happy weekend korang... 

Di sini kita nak share sikit.. korang ade tak terfikir nak larikan diri dari realiti? Ada pernah tak rasa stress yang tak boleh nak dibendung dah.. ke ada tak korang rasa orang2 kat sekeliling ni hanya menyusahkan.. dan diorang je rasa diorang tu betul dan kita ni je yang asyik salah dalam semua perkara.. kadang korang akan ada rasa not belonging in the society.. bila pelbagai masalah yang datang bertubi2 buat korang jadi lemah.. pernah tak korang menangis tersedu sedan bila jadi perkara sebegitu.. pernah tak rasa hati ni seperti sempit sangat macam susah nak bernafas.. sedih yang keterlaluan.? 

Okay, untuk pengetahuan korang, itu la yang kita pernah alami dan sampai hari ini masih lagi struggle.. then try to find a solution to be positive person.. dan itulah juga antara faktor2 kenapa berlakunya "suicide" dikalangan artis kpop.. mungkin korang boleh cakap pergilah dapatkan khidmat kaunseling, stress management, hangout dengan kawan2, sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti ke blah blah blah.. but i wanna to tell u something.. all of that hanya boleh membantu untuk sementara je.. hakikatnya bila balik je rumah kita mula akan terfikir, dibayangi dengan perbuatan org2 disekeliling, perkataan2 hina,keji,perli2, dipaksa buat sesuatu yang korang tak nak buat, membuatkan kita rasa useless, marah, bengang dan macam2 perasaan.. kalau kita  lepak dengan kawan2 tu,kita tengok kawan kita tu okay je.. but u really dont know how their feeling inside.. its like burning in their heart.. that they cant ever take it anymore and decided to take their own life.. 

Dalam situasi kita, masa tu kita form 6. Ada satu presentation tu.. masa nak tutup presentation tu kita cakap "di sebalik kebahagiaan seseorang, ada terselit penderitaan yang kita tak nampak.." lebih kurang gitu la bunyinye.. then, esoknye my classmate hantar email kata "babe, if you have a problems just tell me.. maybe I could help you.." then, from there we all terus jadi kawan baik.. tapi sekarang, tak tau mana pergi dah kawan baik itu.. hahaha.. people always comes and go, right? The right and true people will always stick with us forever.. I just believe like that.

So, second time I had felt it again.. waktu tu masa one of member kpop group Shinee death. then kita ada share video luahan perasaan artis kpop tu kat instagram.. cuz sometimes i felt the same way like he'd experienced.. then, my bff write up one comment said "dont suicide beb.. if u have a problem, then I will be here for you.." waktu tu rasa "ohh, ada jugak yang ambil berat pasal diri ini.." Kita tak pernah la terfikir nak suicide.. just nak inform macam tula perasaan orang yang mengalami depresi, anxiety disorder, stress teruk yang menyebabkan mental illness then will lead to suicide..

This 3rd time, another kpop idol Sulli from f[x] girls group suicide.. before this, Go Hara trying to do the same things but his manager managed to saved and sent her to the hospital and under recovery treatment.. sebelum ni pun ada adik kepada korean actress had a suicide jugak. . So, kat korea dah jadi macam trend.. rasa dah tak boleh nak hadapi dunia yang penuh pancaroba ni depa terus bunuh diri.. bagi diorg dah settle.. tak perlu nak fikir lagi..  

Mcm kt malaysia, buka tudung tu dah jadi satu trend jugak. Bila sorang buat, yang lain dok ikut.. ha, yang buka tudung tu pun sebenarnya ada masalah yang sama sebab depa tak boleh nak terima kenyataan apa yang disebarkan oleh netizen2.. depa buat baik, kome kata tak yah tunjuk diri tu baik sangat.. bila depa ikut ckp netizen tak yah jadi baik, so depa jadi diri sendiri dengan buka tudung.. kena kecam plak... so, this is a same situation yang kita hadapi pada zaman ini.. penjajahan mental abad ini.. 

So, apa yang den nak khobar, if you have experience like that, this is a few steps that you need to do.
1) take a deep breath, 
2) take a few minutes to relax your mind and soul..
3) do yoga, 
4) read Quran, zikr, solat sunat 
5) do any spiritual things to calm your nerves.. 
6) remember Allah always.. place Allah in our heart.. 

sebab perkara2 mcm pyschology tu bermula dari diri kita sendiri.. firstly, we need to heal it from inside.. even pakar psikiatrik pun tak boleh nak bantu kalau kita tak bantu diri kita heal dari dalam diri kita.. which is our heart. Heart that the one which control our mind and body.. dalam Quran kan ada kata dari seketul hati la yang membentuk sifat, sikap dan perbuatan kita.. 

Okey la, to be more specific la.. apa kata korang try amalkan membaca Surah Ad-Dhuha.. Baca sekali dengan makna ayat2 dalam surah tersebut.. amalkan sekurang2nya 10x selepas solat sunat dhuha.. bila kita baca dengan yakin & penuh penghayatan, for sure air mata korang berlinang punye.. 

Bila kita faham maksud surah tu kan, kita yg tadinye rasa down, sedih keterlaluan, dan lain2 perasaan negatif yg menyelubungi diri akan dengan secara tiba2 hilang. Kita akan jadi lebih tenang, damai, dan sekaligus kita telah menghasilkan positive vibes gituu.. 

Untuk pengetahuan, surah ini merupakan wahyu drp Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w yg mana Rasulullah s.a.w bersedih hati dan berasa gusar kerana tidak menerima wahyu drp Allah s.w.t selama lebih kurang 6 bulan.. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan dan resah gelisah..akhirnya Allah s.w.t menurunkan wahyuNya melalui surah tersebut.. Surah ini adalah surah kesukaan Nabi Muhammad s.a.w. dan pengubat duka Baginda.. Wallahualam..


Jom kita amalkan dalam kehidupan seharian.. so, do not ever2 give up ur life simply2 k.. Hope this sharing will help you guys to overcome depression.. sekian..

Thanks 4 reading! 😇


Comments

Nancy Angel said…
Know how to activate amazon mytv in mytv, limited Prime activation offer makes Prime more available for clients on government help, including qualifying beneficiaries of Electronic Benefits Transfer (EBT) and Medicaid. Now primevideo mytv is a very easy process, follow the given link.

Popular posts from this blog

LAWAMMAH (BARAN)

Last time @ UniGL0 Suria KLCc

09.06.2011 @ Madam Kwan's