Permata Keluarga
Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Kanak-kanak ialah permata hati keluarga.Walaupun amat memenatkan untuk menjaga mereka tetapi mereka tetap menjadi penyeri keluarga. Kira tak lengkaplah hidup tanpa mereka.
Anak saudara saya, si kecil Afiq ni ada jer ragam dan aktiviti yg dilakukan. Otaknya bijak merangka dan berfikir dengan kreatif. Bukanlah,nak bangga tak tentu pasal. Memang tak dinafikan, kanak-kanak zaman sekarang ni terlampau bijak hingga tak terduga akal kita ni.
Inilah aktiviti si kecil ketika berada di dalam rumah. Daripada menyapu, bermain basikal, menonton televisyen, bermain kereta, bermain kompang dgn menggunakan penutup periuk pun ada. Kadang-kala naik pening kita melayan kerenah mereka. Itu belum lagi,bertanya itu dan ini. Memang gamat satu rumah..kecoh.
Walaupun begitu, peranan ibu bapa amatlah penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Janganlah kita melepaskan tanggungjawab terhadap mereka kepada ibu,bapa dan adik-beradik kita. Kita perlu sentiasa mensyukuri anugerah Tuhan dan menjaga mereka sebaik-baiknya. Bersamalah kita menghargai kurniaan dari Ilahi dan berusaha mengejar keredaan-Nya.
"Kanak-kanak umpama kain suci, kitalah yg mencorakkannya. Mereka perlu didik,diasuh dan diberikan pendidikan rohani dan jasmani yg cukup sebagai bekal untuk hari muka."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comments