Posts

Showing posts with the label open house

Majlis Aidilfitri KLCCGOC 2012

Image
Bismillahirrahmannirrahim..  Assalamualaikum w.b.t..   Syawal menjelma tiba dan hampir ke penghujung.. Maka, berlaga-laga orang buat open house sana sini. Sampai tak termakan kadang. Kali ni pula, pihak KLCC Group of Company mengadakan Majlis Hari Raya bertempat di Menara PJH, Putrajaya. Selalu buat kat Pullman. Tapi kali ni tukar selera la pulak kan.. Antara makanan yang aku sapu pada hari tersebut ialah seperti di bawah.. Percaya tak saya hanya makan itu sahaja..Lemang satu, ketupat palas, rendang dan mihun sup.  Cukup ker untuk tank yang besar nie? Cukup la tu kan..haha. Sebenarnya, yang lain i pulun kawan-kawan punya. Kawan makan laksa, i rasa sikit. Kawan tak habis makan sate, i perabihkan.. Ha, dahsyat tak? Maaf la, nafsu makan belum boleh control lagi..bit by bit lorr. dan menu terakhir sebelum berangkat ialah char koey teow, rojak buah, popia gulung dan cendol + ABC.. Serius, hancuss diet den. Ngamuk la Dr Habibah (coach for Biggest LOser). Ampun Doktor....