Usrah?

Ape itu usrah?

Masa dulu-dulu, masa zaman kejahilan yang lalai dengan keduniaan, tak pernah terdetik pun nak join usrah nie. Dulu, ada la seorang sahabat ni beria-ia hendak mengadakan usrah di kediaman kolejnya di UPM. Mula-mula tu, ada jugak terfikir nak buat ape usrah nie? Rasanya cukup sekadar dengar ceramah kat tv ker radio ker ataupun di surau dan masjid. Sahabat ada juga bertanya jika diri ini mahu menyertai usrah tersebut atau tidak. Tetapi biasa la kan, ada sahaja alasan yang diberikan. Nak jaga hati sahabat, maka diri ini pun join la.sekali aje la.tapi tak berapa nak rasa feel usrah tue. Mungkin waktu tu belum sampai seru kot..Dan tiba-tiba sekarang ini terasa amat dahagakan perkongsian ilmu sesama sahabat tu. Terasa alangkah ruginya diri ini.

Menurut Halaqah.net, Usrah ialah rukun ikatan “Usrah” ini tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah: (1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.

Selain itu, erti berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian “Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh mengeruhkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang lainnya.


Ohhhh..gitu..baru faham..hehe

Kenapa tiba-tiba muncul topik nie?
Sebab sedang kita tengah tengok website kak Wardina kita tue, tiba-tiba kita ternampak Page NOTA USRAH..Di situ ada tajuk INDAHNYA BER'USRAH..dan terdetik nak buat entry pasal usrah nie. nak baca kak Wardina punya tulisan tu..klik SINI. Kita pun google la nak tau lebih detail.

Apa yang seronoknya usrah nie?
Mengikut STUDIO MUSLIM. Katanya sebab:-
1- Sebab usrah stail ‘Dimulakan dengan tasbih kafarah’ memang menyeronokkan.
2- Timbul perasaan
    a) Seronok – dapat menyertai beberapa program seperti rehlah, kembara ke negeri lain dan     sebagainya.
     b) Yakin – bertambah yakin untuk berucap di hadapan orang ramai selepas beberapa kali mendapat peluang berucap di atas pentas.
     c) Tenang – kurang rasa risau bila ditimpa masalah sebab tahu ramai kawan akan membantu
3- Antara kelebihan lain ialah mendapat :-
     i. Ilmu yang berguna
    ii. Kawan yang rapat
   iii. Masa yang berisi.
   iv. Pengalaman yang manis.



So, ada sesiapa nak buat usrah? Saya nak join..tehehee.. :)


Comments

Hubby cml tiap2 mlm bg usrah kt cml naik mereng dah hihihi... Usrah tu cm ceramah agama kan? Hahaha
Ct_hAjAr said…
yup..wah, bestnye dpt suami cam gitu..bagus2..

Popular posts from this blog

LAWAMMAH (BARAN)

Last time @ UniGL0 Suria KLCc

09.06.2011 @ Madam Kwan's