3Days 2Night : Visit MEDAN 2012 (P@RT 1)
Salam semua..
Reminder: this is a long entry.. ;p
23-02-2012 (KHAMIS)
adalah merupakan tarikh keramat.
hehehe..birthday i kot masa tue.
Percutian yang terindah ke MEDAN
sebagai hadiah harijadi untuk diri sendiri.. ok what? :)
Lepas abis kerja je apa lagi..
cabutttt..
so, me with my 2 sista
selamat sampai di tanah Medan lebih kurang jam 10malam kalau tak silap.
Welcome to Medan, Siti Hajar.. :D
So, memandangkan kumpulan kami (terdiri daripada kawan2 kakak den) yang mana flight mereka hanya tiba pada keesokkan paginya.. maka, kami pun lepak la jap kat KFC sementara tunggu tengah malam. Bajek nak tumpang rehat je..tapi bila nampak abang askar makan, tetibe rasa nak makan jugak. Klu kat Msia kita panggil "Ayam Goreng" tapi kat sana dorang panggil
"Jagonya Ayam" k.
Nampak tak sign Jagonya Ayam tue..hahaha..kelakar kan bunyi dia.ehehe..
Harga seketul ayam lebih kurang Rp. 3,000+. lebih kurang RM3+je. Beli la kami sorang seketul..nak rasa.. Sedap wooo..pedas..klu saus nya a.k.a sos cili dipanggil sambal..tak ke pelik bunyinyer. -.- Tapi rasa cili sos tue ada masam + masin sket la.. Yang paling kelakar time nak order.kat sini biasa kite sebut drumstik, tight, wing kan? kat sana dorang panggil dada, paha, sayap.. ok la.janji leh paham kan..
Lepas je abis makan, n jam pun menghampiri jam 11malam waktu indon. Maka restoran KFC akan menutup bisnesnye. Kami bertiga pun kembali semula ke airport. Lama gak la dok melepak kat situ.Teksi yang kemain banyak ada tadi, semakin susut. Kami jadi risau la..maklum la dah lewat malam. airport pun dah nak tutup. kami ingatkan boleh la tido sekejap kat kawasan airport tue. Rupanya tak boleh. Kata pegawai dekat situ. kawasan tu memang bahaya. Inikan pula di malam yang sunyi dan sepi cam nie. Kami tengok mat saleh ngan anak beranaknya dah beredar mencari hotel yang terdekat. Yang bestnye, bapak tue kata baru je ade kes lelaki mat saleh kena tikam kat paha dekat luar airport. Dengar je citer tue, kami pun tak pikir panjang la. Terus la nak cari hotel yang terdekat. Nasib baik ada la pak supir yang sudi hantarkan ke hotel syariah (Islam) katanya.
Dapatla kami berehat 1 malam kat Hotel Ibunda nie. Alhamdulillah..Azan Subuh pulak kedengaran dekat ngan hotel nie. lagi la mudah..
24-02-2012 (JUMAAT)
Bermulalah perjalanan kami meneroka kota Medan yang sarat dengan khazanahnya yang tersendiri.. Pagi tu, terus breakfast. Kami antara penghuni hotel terawal yang breakfast.hehe
Breakfast dulu ya..
Memandang kami tak kenal sesape kat Medan tue, kami suruh pak supir malam tadi ambil kami kat hotel ni balik.
Breakfast nasi goreng dengan telur dadar + keropok daa.
Lapar punye pasal..licin den makan..
Lepas makan, terus ke airport untuk tunggu kengkawan yang lain sampai. Sampai je terus naik BUS PARIWISATA a.k.a Bas Persiaran atau bas pelancong la.
Perjalanan di mulakan di Istana Maimun yang terletak di tengah2 kota Medan, Sumatera Utara. Istana Maimun merupakan salah satu peninggalan sejarah Kerajaan Deli. Ia adalah bukti bahawa kerajaan Melayu mula bertapak di negara itu.
suasana di luar Istana Maimun
Keluasan di dalam istana yang sangat cantik.
I am Queen Siti Hajar..heheh
Gambar2 Permaisuri semasa kecil.
Sudut meja solek yang cantik ukirannya.
this is my authority..haha
cantik kan..
akak den - dah macam bergambar ngn potret mana ntah..hihi
berlatar belakangkan singgahsana raja
sempat lagi kakak den posing bawah payung Permaisuri Maimun..
Jangan tak tahu..di perkarangan istana juga ada terdapat orang menjual cenderahati. Murah je. Sehelai t-shirt dijual dengan harga Rp.20,000 iaitu lebih kurang RM 7.
Lepas Istana Maimun, kami terus ke Gedung Pakaian Muslimah katanya. kat situ ada jual telekung, baju kebaya, baju batik, tengkolok. dan kat luar kedai dah menanti penjual2 yang menjual keychain, t-shirt & fridge magnet. So, kalau anda kata Medan bukan tempat shopping, anda silap..sebab setiap tempat yang anda kunjungi, mesti adanya orang yang menjual pelbagai cenderamata. Cuma Medan bukanlah "Syurga Membeli-belah" k.
"Syurga Membeli-Belah kat Bandung yeee"..
Habis je bershopping, kami terus bergerak ke lokasi wajib iaitu Danau Toba. Tapi sebelum itu, makan dulu deh! Lapar gue..Perjalanan ke Danau Toba mengambil masa sehingga 5-6 jam tau. Makan tengah hari kami pada hari tersebut ialah di Restoran Simpang Tiga, Medan.
Kenyang sudah..jom ke destinasi seterusnya iaitu ke Kedai Kacang Paten (Tang-Tang, Ting-Ting, Tung-Tung). pelik bunyinyer..mungkin strategi pemasaran kot. Kedai ni dimiliki oleh orang Cina. Macam2 jenis kekacang ada..sedap2 plak tue..Ramai pelancong datang kat situ.. Jom lihat suasana kedai tersebut.
dah puas rasa, berehat jap kat luar kedai..just beli kacang kolor itam tue je..sedappp
Perjalanan diteruskan lagi..Kali ni singgah kedai menjual cenderamata oleh Syarikat Tour Guide kami iaitu Lovely Holidays bersama tour guide kami, Pak Endro. Pak Endro ni best..dia asyik bercakap je, kadang2 buat lawak..perjalanan yang panjang dirasakan singkat dengan adanya tour guide yang ramah cam beliau. Bila tengok semua orang dah tak nak dengar apa yang dia kata, baru dia stop..kalau korang, sanggup??..takkk kot..haha..cian dia.
Dah penat berjalan, akhirnya sampai la kami ke Danau Toba, kami mengidap di Danau Toba International Cottage, Parapat.. tempat yang sangat memukau.
Akhirnya, sekian untuk episod pertama..
tak larat nak update. Pengalaman pada hari pertama memang best dan teruja sangat.
Jumpe di Part 2..
Bersambung....
Comments