SUCKER PUNCH!
hALO uols.. last night me & hubby gi tengok wayang. Tak tau nak tengok wayang ape. Ingat nak tengok citer THE EAGLE.Tapi masa tidak mengizinkan. So, we all just petik satu movie iaitu SUCKER PUNCH. Ingatkan citernyer sama macam World Invansion. Ternyata meleset tekaanku. Sucker punch movie memang terbaek seh. Nak tau kenape? Jalan cerita nya memang berbeza dan yang penting terdapat MORAL VALUE dalam filem tersebut.
Cerita mengisahkan Baby Doll telah dihantar ke rumah Pesakit Mental oleh ayah tirinya setelah dia kematian ibunya. Keadaan rumah sakit betul2 memberi tekanan kepada dirinya apabila melihat suasana yang begitu huru-hara dan terasa asing. Ketakutan yang membara di lubuk hati dapat dileraikan oleh Dr. Gorski apabila Dr. Gorski memaksa Baby Doll menari mengikut lagu yang dipasang bagi melawan perasaan takut yang memuncak. Perasaan tersebut dapat diatasi dengan mendalami lagu yang diputarkan dan bergerak seiring dengan tarian yang luar biasa sehingga memukau penjaga rumah sakit yang diibaratkan sebagai Ketua rumah tersebut yang bernama Blue. Tarian yang dipamerkan ialah perasaan ingin bebas dari rumah sakit tersebut memuncak dengan adanya 4 rakan iaitu Amber, Sweet Pea, Rocker dan Blondie yang sudi membantunya melepaskan diri daripada menjadi mangsa High Roller. Keadaan memaksa mereka mengumpul 4 jenis peralatan bagi melepaskan diri iaitu peta di pejabat Blue, lighter dari pelanggan Amber, Pisau dari tukang masak dan kunci utama gate di leher Blue. Bagaimanapun, mereka hanya dapat mengumpul 2sahaja alatan iaitu peta dan lighter. Walaubagaimanapun, pergerakan mereka dapat dihidu oleh Blue dan memberi amaran keras kepada mereka berempat supaya menghentikan rancangan tersebut. Sweet Pea yang berundur dari terus menyertai kegiatan tersebut akhirnya akur dan bersetuju untuk meneruskan rancangan. Rancangan mereka sekali lagi terhenti apabila adik Sweet Pea iaitu Rocker mati ditangan tukang masak apabila cuba menghalang tukang masak dari menghunus pisau kepada kakaknya iaitu Rocker. Kemuncak cerita apabila Blondie telah membongkarkan rahsia tersebut kepada Dr. Gorski dan Blue menyebabkan Blue menembak mati Blondie dan Amber. Sweet Pea pula telah ditahan di dalam lokap yang gelap. Kemarahan yang mendadak kepada Blue menyebabkan Baby Doll menusuk pisau ke atas bahu kiri Blue menyebabkan kunci yang tergantung di leher Blue dapat diambil oleh Baby Doll. Apabila mereka dapat melepaskan diri terdapat pula halangan di luar kawasan rumah sakit apabila terdapat segerombolan lelaki berkumpul di luar. Menyebabkan Baby Doll terpaksa melepaskan Sweet Pea supaya dapat bertemu dengan keluarga. Pengakhirannya apabila rupa2nya fantasi Baby Doll benar2 terjadi dalam kehidupannya. Blue akhirnya ditangkap kerana telah menyeksa ramai gadis dengan melakukan terapi kerusi elektrik dan menusuk besi tajam ke dalam mata pesakit. Keadaan ini hanya disedari Dr.Gorski yang merupakan pengasas rumah tersebut terkejut apabila mengetahui Blue meniru tandatangannya bagi meluluskan setiap rawatan ke atas pesakit. dan Baby Doll akhirnya mati..
hahahaha..ha amacam...baca la korang klu korang rajin..kalau tak gi la tengok kat panggung. Serius, movie ni memang terbaek. slot filem yang tak dijangka. dan membawa nilai yang tersendiri.. saksikan
SUCKER PUNCH di panggung!
Para pelakon terdiri daripada:-
Vanessa Hudgens (BLONDIE)
and
Comments