SUCKER PUNCH!
hALO uols.. last night me & hubby gi tengok wayang. Tak tau nak tengok wayang ape. Ingat nak tengok citer THE EAGLE.Tapi masa tidak mengizinkan. So, we all just petik satu movie iaitu SUCKER PUNCH. Ingatkan citernyer sama macam World Invansion. Ternyata meleset tekaanku. Sucker punch movie memang terbaek seh. Nak tau kenape? Jalan cerita nya memang berbeza dan yang penting terdapat MORAL VALUE dalam filem tersebut. Cerita mengisahkan Baby Doll telah dihantar ke rumah Pesakit Mental oleh ayah tirinya setelah dia kematian ibunya. Keadaan rumah sakit betul2 memberi tekanan kepada dirinya apabila melihat suasana yang begitu huru-hara dan terasa asing. Ketakutan yang membara di lubuk hati dapat dileraikan oleh Dr. Gorski apabila Dr. Gorski memaksa Baby Doll menari mengikut lagu yang dipasang bagi melawan perasaan takut yang memuncak. Perasaan tersebut dapat diatasi dengan mendalami lagu yang diputarkan dan bergerak seiring dengan tarian yang luar biasa sehingga memukau penjaga rumah...