Ha..baca artikel nie..Nie artikel journal English..aku dah translatekan dalam bahasa Melayu. Lecturer aku, Dr.Jus yang suruh buat & letak dalam blog.Subject yang aku belajar semester berapa ntah " KOMUNIKASI ANTARABUDAYA".Baca la untuk tambah pengetahuan..Korang ni bukan rajin nak baca journal..nak translate lagi la..berjeman..so aku dh mudahkan untuk korang..sila2 lah baca yerr..
COMMUNICATING FOR A NEW AGE BY CAROL KINSEY GOMAN
(STRATEGIC COMMUNICATION MANAGEMENT)


KOMEN ARTIKEL

Artikel ini membincangkan mengenai kesan perbezaan generasi terhadap trend dan kemahiran dalam alam pekerjaan. Perbezaan generasi dalam dunia pekerjaan pada hari ini dilihat mempunyai cara dan kaedah berkomunikasi yang tersendiri mengikut tahap generasi.

Terdapat 4 tahap generasi:-
1)Generasi Veteran-mereka yang lahir dalam lingkungan semasa Perang Dunia Pertama iaitu bermula pada tahun 1927 hingga 1945.
2)Generasi Baby Boomers-manusia yang lahir semasa berlakunya peningkatan peratus kelahiran berikutan Perang Dunia Kedua.(1946 hingga 1964).
3)Generasi X-generasi yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.Jumlah generasi ini adalah kecil berbanding yang lain iaitu dari tahun 1965 hingga 1964.
4)Generasi Y-generasi yang lahir pada tahun 1984 sehingga kini yang dianggap sebagai masyarakat yang lahir dalam dunia moden iaitu abad ke-2o.

Perubahan kehendak dalam sesebuah organisasi berlaku yang mana generasi veteran menggunakan struktur organisasi dengan membahagikan pekerja mengikut tahap hierarki yang tinggi yang mana komunikasi antara pekerja dikawal dan ada had mengikut pangkat,nama dan kedudukan seseorang dalam organisasi. Generasi X yang memasuki era dot.com melihat dalam sudut yang sama dengan bersetuju akan hakikat pentingnya penetapan matlamat,misi dan visi dalam organisasi dan berkehendakkan lebih kepada mutu, produktiviti dan keuntungan yang baik.

Penggunaan komputer yang dilihat sebagai keperluan dalam kehidupan menyebabkan individu perlu bekerja dengan cepat dari satu perkara kepada perkara yang lain. Keadaan ini menyebabkan cara berkomunikasi berubah bagi generasi X dari "perkataan" kepada "grafik". Teknologi memaksa generasi muda beralih dari komunikasi "passive" atau "pushing" kepada komunikasi "active" atau "pulling". Generasi Y perlu bergerak aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti pertukaran maklumat yang semakin canggih pada masa kini. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dan kehilangan minat terhadap dunia ICT ini yang menjadi alat penghubung terpenting dalam sesebuah organisasi. Cara komunikasi moden seperti blog dan sms merubah cara kerja generasi muda yang mana e-mail dianggap sebagai kaedah komunikasi yang "outdated". Keadaan ini dianggap sebagai transformasi dalam organisasi.

Kesimpulannya, setiap tahap generasi mempunyai keistimewaan dan kaedah serta strategi yang tersendiri dalam organisasi yang dipimpin. Generasi X dilihat sebagai generasi yang lebih terdedah kepada cabaran-cabaran dalam dunia global pada hari ini khususnya dalam alam pekerjaan yang semakin mencabar dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk tidak ketinggalan dalam arus moden masa kini.

Comments


Popular posts from this blog

LAWAMMAH (BARAN)

Last time @ UniGL0 Suria KLCc

09.06.2011 @ Madam Kwan's