Monday, March 26, 2012

3Days 2Night : Visit MEDAN 2012 (P@RT 2)

 
25-02-2012 (SABTU) 

Suasana Lake Toba di waktu pagi. Waktu nie jam 6.30pagi. 
dah macam kul 7pagi kalau kat Msia.

Hotel kami betul2 berdepan ngan lake toba..seronok.
tidur malam dengar air tasik je.. tenang bangat.




Excited akak aku nie..


Pagi2 lagi, dorang dah turun memancing kat tasek tue..


Mak aih..besaunya pokok nie..huuyoo!


Breakfast kul 7pagi. Dekat ngan pool lagi..gila lapar kan..
kena makan banyak, perjalanan yang jauh sekali lagi untuk hari ke2.




sekali lagi, pemandangan lake toba di belakang tue ye.

Suasana tasik yang nyaman..

Bergambar dulu sebelum memulakan perjalanan ke Perkampungan Tomok, Pulau Samosir.



Pemandangan di atas bot.





Sampai sudah di Perkampungan Tomok..
Macam2 souvenir jual kat situ. Jgn pulak korang heran bila penjual di situ mengatakan harga pecah telur.  Jaga2 anda mungkin mangsa. Elok2 nak beli 1 barang, kena beli banyak pulak. Tapi jangan tunjukkan sangat muka tak suka kat diorang. Diorang marah. Untuk pengetahuan, Perkampungan Tomok terdiri daripada kaum batak tau..anjing tak yah heran la, selamba je kat kaki lima.


Rumah yang didiami mereka..


Patung si Gale-Gale

Ni ialah Makam Raja2 Batak zaman dahulu
anggaran lebih 400tahun kalau tak silap. So, sebagai menghormati tempat perkuburan tersebut, kami diwajibkan memakai selendang nie. Gambar seperti di bawah.. 

Amacam? ada macam gambar keluarga tak?hahaha..


bergambar dengan Mercu Tanda Perkampungan Tomok.
Antara jenis2 kaum Batak yang terdapat di Pulau Samosir.





Selesai di Lake Toba, kami menuju ke Air Terjun Si Piso-Piso.
Sebelum tue, singgah makan tengah hari di Restoran Istana Minang II.



Makcik2 n akak2 yang dah tak sabar nak makan kot.hehe


Lepas makan, perjalanan pun diteruskan. Jalan punye jalan, tetiba Pak Endro tu tanya, 
"Ada sesiapa mau rehat dulu?" Mesti la ada..Tak tahan nak terkucil kami. Sejuk kot aircond bas tue..hehe..Nama tempat tue, Simarjarunjung. Sempat kami bergambar dengan bunga yang cantik nie.



Taraa..dah sampai di Air Terjun Si Piso-Piso..
Pemandangan air terjun boleh dilihat dari jauh je kot..
Kat sini dorang jual murah cket..sini orangnya lembut bak kata Pak Endro.
So, senang kalau nak tawar harga barang. Kena pandai pilih tempat la ye..



Destinasi seterusnya ialah Berastagi. Destinasi peranginan yang sangat menarik.
Ala lebih kurang macam Cameron Highland la..











Penat berjalan..Tibalah masanya untuk pulang ke Tanahair.
Sepatutnya, gerak paginyer. Tapi kami nak berehat, makanya kami balik hari yang sama. Sampai airport jam 7.30malam. Check in 9.30malam. Nasib sempat..kalau tak miss flight la jawabnya. 
Dengan muka keletihan, pekena milo panas + biskut gandum dalam flight. 
Baru nak layan, tetiba nak dekat sampai kat LCCT. Rupenye, sekejap je kot..haha



Seronok sangat. Cume, pulus tak bawak banyak.
Kalau tak, leh shopping sakan.. 
hehee..

THE PLACE THAT YOU MUST GO kay..


P/S: Nak pergi Medan, mesti ada Tour Guide tau.
Kalau pergi backpacker, nescaya poket korang rabak, kena tipu ngan mat2 indon punya pasal macam sepupu aku. Cian dia, fobia bila dengar nama Medan. Laju je mulut dia kata "EEee, tak nak dah pergi tempat tue". Kalau tanye aku " Serius, aku nak pergi lagi..best wohh, tengok pemandangan Lake Toba yang sangat memukau pandangan".

Cik Jah : LUAS PEMANDANGAN, LUAS PENGETAHUAN..

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio