Monday, September 24, 2012

"Why Maybank should give me tickets to Legoland"

Bismillahirrahmannirrahim.. 
Assalamualaikum w.b.t..  



Legoland Malaysia kini telah dibuka buat pertama kali di Asia. Yeayyy!
Legoland ini baru sahaja dibuka pada 15 September 2012, yang bertempat di
Bandar Iskandar Malaysia, Medini, Nusajaya, Johor Bahru.. 
Nu haa kat Selatan Malaysia..  
Boleh la ajak kawan-kawan, keluarga dan saudara-mara datang beramai-ramai
ke sini lepas ni. Amat teruja. Tak sabar korang...

Sekarang ni, Maybank sedang mengadakan "Maybank - Legoland Bloggers Contest".
Peraduan bermula dari 1-30 September 2012. Ada masa lagi..
Jom la join, mana tau boleh menang tiket ke Legoland..wohoooo!!



Pelbagai reka bentuk lego yang dijadikan bangunan yang menarik. Sangat kreatif.
Paling suka tengok reka bentuk masjid di bawah..Sangat cantik dan mengkagumkan..


Maybank oh Maybank..
En. Maybank boleh tak bagi saya tiket percuma ke Legoland?
Saya teringin sangat nak naik roller coaster seperti gambar di bawah ni.
Mesti seronok. Walaupun saya agak sedikit gayat, 
saya nak jugak mencuba permainan ini.
Kalau kat Genting, tu ha permainan SOLERO tu saya dah naik sampai 2 kali ok.
Walaupun terasa macam nak tercabutlah jantung ni kan..
So, kalau boleh nak cuba menatang roller coaster ni. 
For sure la, suara hilang lepas main permainan ni. hehe...



Eh, permainan ni pun cam best gak kan.. Mesti cuba ni..
Don't want to missed it!

Pelbagai aktiviti yang ada kat sini bermula dengan 
Miniland, Imagination, Lego Technic, Lego Kingdoms, Land of Adventure, Lego City
 dan bermacam lagi aktiviti di sini yang mesti dicuba.
Water theme park pun ada..Lepas ni boleh la tukar selera. 
Takde la asyik Sunway Lagoon je kan..
Let's Plan Our Visit..hopefully, i can go on this December.
Itu pun, kalau En. Maybank bagi tiket percuma la kan. 
Kalau tak, kena beli sendiri la..huhu..

More info click here : http://www.legoland.com.my
Details about the contest go to this page : http://www.maybank2u.com.my/

~The place that full of fun & exciting..
the place you must go, guys~~ :)

2 comment:

~AiMi SyAhiRAh~ said...

Menarik ni! Goodluck Hajar..=)

Ct_hAjAr said...

thanks Aimi.. jom join..

 
Blog Template by Delicious Design Studio