Majlis Aidilfitri KLCCGOC 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. 
Assalamualaikum w.b.t.. 


Syawal menjelma tiba dan hampir ke penghujung.. Maka, berlaga-laga orang buat open house sana sini. Sampai tak termakan kadang. Kali ni pula, pihak KLCC Group of Company mengadakan Majlis Hari Raya bertempat di Menara PJH, Putrajaya. Selalu buat kat Pullman. Tapi kali ni tukar selera la pulak kan.. Antara makanan yang aku sapu pada hari tersebut ialah seperti di bawah..

Percaya tak saya hanya makan itu sahaja..Lemang satu, ketupat palas, rendang dan mihun sup.  Cukup ker untuk tank yang besar nie? Cukup la tu kan..haha. Sebenarnya, yang lain i pulun kawan-kawan punya. Kawan makan laksa, i rasa sikit. Kawan tak habis makan sate, i perabihkan.. Ha, dahsyat tak? Maaf la, nafsu makan belum boleh control lagi..bit by bit lorr. dan menu terakhir sebelum berangkat ialah char koey teow, rojak buah, popia gulung dan cendol + ABC.. Serius, hancuss diet den. Ngamuk la Dr Habibah (coach for Biggest LOser). Ampun Doktor. Bulan ni jer..Bulan depan saya gigih buat workout kay..tehehehee....


Macam biasa, sesi camwhore bersama rakan-rakan.Meh saya kenalkan..Ini kak Mas Ayu.Kakak ni Executive Petrosains under Operation & Maintenance. Tapi akak ni dah pergi HQ.Tempatnya digantikan dengan orang baru. Sunyi takde dia. Kak Mas Ayu ni sangat peramah tau dan yang penting baik hati :))


Siapa lak ni? Ini kan Kak Sue dari Common Estate Department. Pic taken at Surau Menara PJH..


Bersama kak fiza yang makin the Vogue sekarang nie.


Ok, ni part wajib. with abang BAsri..gi mana-mana je, dia mesti ada k. Tak lengkap hidup kalau tak bertekak ngan dia satu hari..hahaha.


Jejaka Malaya KLCCUH..naik weh. Bas nak gerak dah..balik,balik..ntah hape yang diborakkan lagi dema tue.. waawkakaa..


Wajah ini penting kay,. Tetap cover cun gituuhh..haha.


Thanks 4 Reading,guys! :)

Comments


Popular posts from this blog

La Ikro Ha Fiddin

LAWAMMAH (BARAN)

KOREA NO.1 SHAMPOO BRAND (DAENG GI MEO RI)