SELaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...



Seminggu lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidildilfitri. Sangat tak sabar. Badan ni sangat penat dan amat memerlukan rehat yang panjang jauh daripada kekusutan kerja dan kesibukan kota. Macam  biasa la kan, semua shopping complex dah start mendendangkan lagu-lagu raya. Radio pun sama. Tak terkecuali juga, suasana di office ni. Kemain semangat masing-masing memasang lagu raya. Sampai tepu dah telinga ni.hehe.

Sangat berharap, semoga raya tahun ni ada kelainan berbanding tahun-tahun lalu. Dan yang paling penting, raya tahun ni saya kena jaga pemakanan. Nak kurus punya pasal kan. Dah tu kena telan air masak banyak-banyak. Sampai muntah gak la..Sangat berharap agar dapat melalui dugaan lambakan makanan yang pelbagai di bulan syawal nanti dengan tabahnya.. :( Korang doakan kite ye..berat setakat ni baru turun 3kg. lagi 27kg kena kurangkan.. chaiyokkk hajar!! :)

Untuk persiapan raya tahun ni, alhamdulillah bilik sudah kemas cantik-cantik..langsir pintu & tingkap, my mum dah settlekan.. Kuih raya dah order, separuh dah dapat. Tapi belum bayar lagi sebab belum gaji kot. Goverment pun belum gaji kan, apatah lagi pekerja sektor swasta ni..hehe.Shopping raya pun belum lagi.. mintak-mintak la sempatkan.

So, di kesempatan yang ada ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan blogger yang sudi singgah di teratak sepi ini.  Mohon ampun & maaf jikalau ada kata-kata yang mengguris hati, perbuatan yang sengaja atau yang tidak disengajakan telah melukakan perasaan kalian, mohon dimaafkan.  Semoga lebaran ini memberikan seribu kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua. AMin..




Comments


Popular posts from this blog

La Ikro Ha Fiddin

LAWAMMAH (BARAN)

KOREA NO.1 SHAMPOO BRAND (DAENG GI MEO RI)