Tuesday, July 3, 2012

Oh,pagi Selasa..


Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Di pagi selasa yang hening.. Sekarang ni, tugas saya di tempat kerja semakin berkurangan. Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan apa yang patut untuk filing maintenance. Dan kini hanya tinggal filing untuk fit-out dan contract admin section. Kerja-kerja tersebut memerlukan saya meninggalkan workstation saya dan beralih ke store room yang menempatkan filing tersebut. Jiwa sedikit kacau..sebab saya kena buat kerja sorang-sorang dalam bilik tu. Dengan bertemankan kotak-kotak,dokumen-dokumen dan fail-fail yang bertingkat-tingkat beserta kabinet yang telah disusun atur.

Alangkah bosannya hidupku ini. Kadang-kala, saya akan bercakap dengan dinding dan menyanyi sekuat hati dengan mengikut alunan muzik dari telefon mudah alih saya, blackberry..{Hehe..nak jugak mention tue :-)}

Adakah anda dapat rasakan keboringan tahap gaban yang dialami oleh saya ini..? Saya hanya dapat berharap agar kebosanan ini dapat bertahan untuk 1tahun lagi. Ini kerana kontrak saya bersambung lagi dengan company ini.. Alhamdulillah.. Kalau tak sambung,nak makan apa weh. Siapa pula nak bayar all my expenses? Dengan tersambungnya kontrak ini, saya amat berharap semoga saya dapat bertahan..sehingga ada panggilan daripada goverment ker kan? Buat penat je belajar tinggi-tinggi tapi tak apply kerja yang lebih bagus dan boleh menjamin masa depan. Betul tak? Saya percaya satu hari nanti, ada sinar yang cerah mewarnai hidup ini. InsyAllah..

•Peringatan untuk diri sendiri dan kamu semua : "Jangan Berputus Asa dengan rahmat Allah"..chaiyokk!! ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio