Saturday, July 21, 2012
Salam Ramadan 2012..
Assalamualaikum w.b.t..
Sharing ingfO..
Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa
================
Ø Perkara-perkara sunat puasa:
a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu
==================
Ø Perkara-perkara makruh puasa
a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah
===================
Ø Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a) makan dan minum dengan sengaja
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan
f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
===================
Ø Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
====================
Ø Hari-hari sunat puasa:
a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b) pada 9 Muharram (hari Tasu'a)
c) pada 10 Muharram (hari Asyura)
d) 6 hari pada bulan Syawal
e) Hari Isnin dan Khamis
====================
Ø Hari-hari diharamkan puasa:
a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, July 17, 2012
Launching of 1 Malaysia for Youth (1M4U)
Health Medical Screening..
Assalamualaikum w.b.t...
Setelah sekian lama menyepi, klcc kini kembali bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Kali ini, HSE Division menganjurkan Health Screening Day yang telah berjaya menarik perhatian seramai 80 orang daripada 99 orang staff klcc urusharta untuk turun padang. Alhamdulillah, event ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Pemeriksaan kesihatan ini merangkumi pemeriksaan pengiraan BMI, tahap tekanan darah, pemeriksaan kolesterol dan tahap gula.
Nampak tak, wanita berbadan sasa berbaju biru tu..(it's me :p) semangat beratur. Dah tak sabar-sabar la tuee..
Jom kita lihat gambar di bawah....
Wednesday, July 11, 2012
Al-Quran itu Benar..
Assalamualaikum w.b.t..
Maha Suci Allah,Tuhan Sekalian Alam..Siapa sangka Kejadian 11 september 2001 ini terdapat dalam Al- Quran. Ternyata Allah telah memberikan kabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur'an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.
Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 :
Terjemahan "Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang- orang yang mendirikanbangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim."
Disitu disebutkan keruntuhan sebuah
bangunan karena yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.
Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata ditepi jurang yang runtuh yang dalam arabnya
"JURUFIN HAR".
ulama tafsir dulu menterjemahkan kata ini sebagai "tepi jurang yang runtuh". Ternyata 14 abad kemudian perkataan tersebut menjadi nama sebuah jalan di kota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR.
Subhanallah !! Kita ingat kejadian Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001 . Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :
1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC ,
apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah
terletak pada juz ke 11 .
2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan
September (bulan ke 9) , apakah secara kebetulan
jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.
3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 ,
apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf
dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.
4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat,
sekali lagi apakah mungkin kebetulan – berulang sampai 4 kali – bila hal tersebut sudah tertulis
dalam Surah At Taubah ayat 109 .
SubhanAllah, Maha Suci Allah dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu !
Sungguh benarlah firman-Mu : "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda ( kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Qur'an itu adalah benar. (Al Qur'an, surah Al Fushshilat 53)
Maha benar Allah dengan segala firman-Nya.
Allahu Akbar !
" Wallahu a'lam ﻢﻠﻋﺃ ﻪﻠﻟﺍﻭ
___________________________________________________
Jika menurut kalian, artikel ini bermanfaat.
Silakan di-share untuk teman Anda, sahabat Anda,
keluarga Anda, atau bahkan orang yang tidak Anda
kenal sekalipun.
semoga Anda juga mendapatkan balasan pahala
yang berlimpah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Aamiin Ya rabbal 'alamiin
An_00 (petikan dari facebook rakan)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jasa Sehelai Bulu Mata
Assalamualaikum w.b.t..
KERANA SEHELAI BULU MATA
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.
Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.
Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.
Saya tak pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.
Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."
Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"
Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.
Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.
Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,
"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."
Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.
Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
Masya-ALLAH...
Syukran jiddan ..sudi baca entry ni...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, July 4, 2012
Salam Nisfu Sya'ban
"Apabila datang malam Nisfu Sya'ban, maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siang harinya. Karena ketika itu, Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut mulai dari tenggelamnya matahari. Allah Ta'ala berfirman (yang artinya), "Siapa saja yang meminta ampunan, Aku akan mengampuninya. Siapa saja yang meminta rezeki, aku pun akan memberinya. Siapa saja yang tertimpa kesulitan, Aku pun akan membebaskannya. Siapa pun yang meminta sesuatu, Aku akan mengabulkannya hingga terbit fajar".
Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang mengingatkan sesama tentang kedatangan bulan ini. Maka api neraka diharamkan baginya".
Mohon ampun & maaf andaikata ada melakukan kesalahan & menyakitkn hati,guurauan yg menyentuh perasaan serta segala perkara yg tidak sepatutnya berlaku...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, July 3, 2012
Just A Words..
Oh,pagi Selasa..
Assalamualaikum w.b.t...
Di pagi selasa yang hening.. Sekarang ni, tugas saya di tempat kerja semakin berkurangan. Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan apa yang patut untuk filing maintenance. Dan kini hanya tinggal filing untuk fit-out dan contract admin section. Kerja-kerja tersebut memerlukan saya meninggalkan workstation saya dan beralih ke store room yang menempatkan filing tersebut. Jiwa sedikit kacau..sebab saya kena buat kerja sorang-sorang dalam bilik tu. Dengan bertemankan kotak-kotak,dokumen-dokumen dan fail-fail yang bertingkat-tingkat beserta kabinet yang telah disusun atur.
Adakah anda dapat rasakan keboringan tahap gaban yang dialami oleh saya ini..? Saya hanya dapat berharap agar kebosanan ini dapat bertahan untuk 1tahun lagi. Ini kerana kontrak saya bersambung lagi dengan company ini.. Alhamdulillah.. Kalau tak sambung,nak makan apa weh. Siapa pula nak bayar all my expenses? Dengan tersambungnya kontrak ini, saya amat berharap semoga saya dapat bertahan..sehingga ada panggilan daripada goverment ker kan? Buat penat je belajar tinggi-tinggi tapi tak apply kerja yang lebih bagus dan boleh menjamin masa depan. Betul tak? Saya percaya satu hari nanti, ada sinar yang cerah mewarnai hidup ini. InsyAllah..
•Peringatan untuk diri sendiri dan kamu semua : "Jangan Berputus Asa dengan rahmat Allah"..chaiyokk!! ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone