Tuesday, June 12, 2012

Shh..."Silent Reader!"


As-Salam..
Sudah agak lama blog saya ni tak ber'update'. Mohon maaf kepada kalian semua. Blog ini agak menyepi dan menyendiri buat seketika. Blog saya kini menjadi tumpuan oleh "silent reader" yg bertindak menyerang blog saya ini. Siapalah saya kan..Saya hanya manusia biasa yg banyak melakukan kesilapan tanpa saya sedari. Ampun dan maaf sekiranya ada pihak yg tidak menyenangi cerita-cerita dan gambar-gambar yg diselitkan di dalam blog yg tidak seberapa ini. Walau bagaimanapun, inikan blog saya. so, suka hati saya la kan...hahahaha. Saya bukan la sedemikian rupa.Saya tetap mengambil berat tentang ketidakpuasan hati kalian. Saya telah 'remove'kan apa yg patut. Jangan risau.. "Aduan anda,saya dengar dan ambil berat".Cam iklan aduan rakyat lak kan.. ;)

Saya tak berape suka apabila timbul isu-isu kontroversi yg hanya menghangatkan telinga dan hati ini. Saya menulis untuk meluahkan isi hati yg terpendam serta berkongsi suka-duka kehidupan saya bersama kalian. Apabila isu yg tak best keluar, maka blog ini terpaksa ditutup buat sementara waktu. Harap ada yg memahami.

Selepas blog,isu twitter & facebook pula kedengaran pedih menyapa. Ada juga, di kalangan follower yg tidak berpuas hati. Hendak di"block", kawan sendiri. Takut terasa pulak. Nak ditutup terasa sayang. Nak tak tak, terpaksa la slow down..tak boleh nak aktif sangat macam dulu..huhu.
Pernah terdetik di minda, teringin sekali menulis novel. InsyAllah, suatu hari nanti. Kalian doakan ye!

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio