Sunday, June 17, 2012

«17 Jun »

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini telah masuk hari baru iaitu hari Ahad bersamaan 17 Jun 2012. Apa kisahnya dengan tarikh ini ek?
Tak ada apa-apa pun. Cuma tarikh ini menjadi tarikh keramat kepada saya. Ini kerana tarikh ini merupakan hari jadi kepada kenalan baik saya sejak di tingkatan 2 lagi. Dahulu saya seringkali mengutuskan 'birthday card' kepadanya setiap tahun namun sekarang tidak lagi.

Apabila zaman semakin canggih dan masing-masing telah bekerja, hubungan kami semakin menyepi sedikit demi sedikit dan hilang sekaligus. Sejak lebih 4 tahun yg lalu hubungan kami terputus dan tiada lagi utusan khabar berita di antara kami. Walaupun begitu, tarikh itu sentiasa melekat di hati.

Selepas itu, kami kembali berhubung. Entah bagaimana dia mendapat nombor telefon saya. Hubungan kami menjadi semakin baik semula. Tetapi, saya terasa asing apabila berbual dengannya. Seakan saya tidak mengenali dirinya lagi yg seolah-olah telah jauh berubah dan saya tidak dapat memahami dirinya dengan kehidupan baru yg serba serbi modennya.

Dan pada malam ini tepat jam 12pagi,17 Jun 2012 saya telah menghantar pesanan ringkas untuk mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Tetapi, malang sekali telefonnya ditutup. Bukan sekali dua saya dapati telefon bimbitnya kerap kali ditutup,tetapi sudah banyak kali. Saya jadi buntu. Saya tertanya-tanya,apa perlu dia hadir semula dalam hidup saya? Pelbagai persoalan muncul dalam benak saya yg tidak mungkin diketahui jawapannya. Saya pasrah. Tuhan lebih Mengerti..

Hanya satu yg perlu diketahui olehmu,sahabat.. Kapan mati, tarikh ini akan kuingat dan tidak mungkin terpadam dari memori selamanya..

*Luahan rasa Sang Sahabat#
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio