Wednesday, June 27, 2012
Kelebihan Solat Sunat Dhuha
Tuesday, June 26, 2012
Tutti Frutti Now Open at Suria KLCC today..
Assalamualaikum w.b.t...
Consequences of stress at work
>

> You listen to Stevie Wonder
> Its your first day and everything is fine .....
> After 3 months,
> as you are overloaded!
> and you start to see double as you work from 08.00 am till noon!
>
> After 9 months ...

> You listen to Hip Hop
> You are fat because of stress.... and you suffer from constipation!
> After 1 year ...
>

> You listen to GANGSTA RAP
> You click your eye and live from Coffee!
> After 3 years ....
>

> You listen to Techno
> And you are a bit crazy ... completely .... Crazy.... !
>
>
> And finally after several years.... > >
> ...
>

__________________________________
Just for Sharing.. :)
Anak: Ayah, nak tidur ni kena baca apa?
Ayah: Ish, ayah kan dah ajar.
Anak: Yelah, tapi saya kan masih bayi lagi. Ingatan mana kuat.
Ayah: Penatlah ayah macam ni. Berapa kali ayah nak kena ajar ni baru boleh ingat?
Anak: Ayah kan ayah. Memang tugas ayah mengajar saya sampai saya jadi macam ayah pula.
Ayah: Kamu ni memang pandai ツ. Mai ayah ajar semula. Doa sebelum tidur & doa bangun tidur juga.
Anak: TQ ayah. Saaaayang ayah. Sebenarnya ayah, saya sudah hafaz & amalkan. Saya cuma mahu ingatkan ayah agar tidak lupa untuk amalkan sama ;)".
Ayah tersenyum dengan pukulan si anaknya ツ.
* Benar, doa di atas kebanyakannya tahu namun kadang terlupa untuk istiqamah mengamalkannya..peace no war ^_^
Sumber: Facebook sahabat, Cik Marina..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA! [Kisah benar]
Assalamualaikum w.b.t...
Let's share this story..
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "
Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air."
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."
Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!"
Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!
Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.
[Diceritakan oleh Syeikh 'Abdul Mohsen al Ahmad', ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
Sumber: Facebook kak Comel..
Suka dengan Komen Rakan facebook Dahlia Shahrul : "Lebih indah apabila muka dibasahi dengan air wuduk dari dilengkapi dengan make-up. Yakini diri bahawa paras rupa kita yang asli adalah keindahan ciptaan Allah.."
Wallahualam..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, June 21, 2012
Salam Syaaban..
InsyaAllah, saya akan mencuba sedaya upaya untuk berpuasa minggu depan. Banyak kelebihan pada bulan ini yang pertu kita tahu dan amalkan.
Wednesday, June 20, 2012
RAHSIA KAABAH
Assalamualaikum w.b.t...
15 RAHSIA KAABAH DI MEKAH YANG PERLU DIKETAHUI
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahualam….
sumber pertama : edisikini
By: Airesh WalkWay
Sumber ke-2 : facebook kak comel.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Orang yg Mendapat Doa daripada Malaikat..
Assalamualaikum w.b.t...
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :-
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
<SHaRinG is CaRiNG>
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, June 19, 2012
Jangan Bersedih 2'
=================
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
*Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
=============================================
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
*Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
=========================
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
*Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
==========
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
*Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
==================================
1) "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
*Surah Al-Imran ayat 200
2) "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
*Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
==================================
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
*Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
==========================
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
*Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
================================
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
*Surah Yusuf ayat 12
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Sunday, June 17, 2012
«17 Jun »
Assalamualaikum w.b.t...
Hari ini telah masuk hari baru iaitu hari Ahad bersamaan 17 Jun 2012. Apa kisahnya dengan tarikh ini ek?
Tak ada apa-apa pun. Cuma tarikh ini menjadi tarikh keramat kepada saya. Ini kerana tarikh ini merupakan hari jadi kepada kenalan baik saya sejak di tingkatan 2 lagi. Dahulu saya seringkali mengutuskan 'birthday card' kepadanya setiap tahun namun sekarang tidak lagi.
Apabila zaman semakin canggih dan masing-masing telah bekerja, hubungan kami semakin menyepi sedikit demi sedikit dan hilang sekaligus. Sejak lebih 4 tahun yg lalu hubungan kami terputus dan tiada lagi utusan khabar berita di antara kami. Walaupun begitu, tarikh itu sentiasa melekat di hati.
Selepas itu, kami kembali berhubung. Entah bagaimana dia mendapat nombor telefon saya. Hubungan kami menjadi semakin baik semula. Tetapi, saya terasa asing apabila berbual dengannya. Seakan saya tidak mengenali dirinya lagi yg seolah-olah telah jauh berubah dan saya tidak dapat memahami dirinya dengan kehidupan baru yg serba serbi modennya.
Dan pada malam ini tepat jam 12pagi,17 Jun 2012 saya telah menghantar pesanan ringkas untuk mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Tetapi, malang sekali telefonnya ditutup. Bukan sekali dua saya dapati telefon bimbitnya kerap kali ditutup,tetapi sudah banyak kali. Saya jadi buntu. Saya tertanya-tanya,apa perlu dia hadir semula dalam hidup saya? Pelbagai persoalan muncul dalam benak saya yg tidak mungkin diketahui jawapannya. Saya pasrah. Tuhan lebih Mengerti..
Hanya satu yg perlu diketahui olehmu,sahabat.. Kapan mati, tarikh ini akan kuingat dan tidak mungkin terpadam dari memori selamanya..
*Luahan rasa Sang Sahabat#
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Permata Keluarga
Assalamualaikum w.b.t...
Kanak-kanak ialah permata hati keluarga.Walaupun amat memenatkan untuk menjaga mereka tetapi mereka tetap menjadi penyeri keluarga. Kira tak lengkaplah hidup tanpa mereka.
Anak saudara saya, si kecil Afiq ni ada jer ragam dan aktiviti yg dilakukan. Otaknya bijak merangka dan berfikir dengan kreatif. Bukanlah,nak bangga tak tentu pasal. Memang tak dinafikan, kanak-kanak zaman sekarang ni terlampau bijak hingga tak terduga akal kita ni.
Inilah aktiviti si kecil ketika berada di dalam rumah. Daripada menyapu, bermain basikal, menonton televisyen, bermain kereta, bermain kompang dgn menggunakan penutup periuk pun ada. Kadang-kala naik pening kita melayan kerenah mereka. Itu belum lagi,bertanya itu dan ini. Memang gamat satu rumah..kecoh.
Walaupun begitu, peranan ibu bapa amatlah penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Janganlah kita melepaskan tanggungjawab terhadap mereka kepada ibu,bapa dan adik-beradik kita. Kita perlu sentiasa mensyukuri anugerah Tuhan dan menjaga mereka sebaik-baiknya. Bersamalah kita menghargai kurniaan dari Ilahi dan berusaha mengejar keredaan-Nya.
"Kanak-kanak umpama kain suci, kitalah yg mencorakkannya. Mereka perlu didik,diasuh dan diberikan pendidikan rohani dan jasmani yg cukup sebagai bekal untuk hari muka."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, June 14, 2012
Makbulkah doa kita? (versi 2)
Wednesday, June 13, 2012
#Wordless Wednesday 1
Before you assume, learn the facts. Before you judge, understand why. Before you hurt someone, feel.~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Solat Akhir Waktu
Sejak kerja tempat baru ni, kadang2 masa tu rasa terlalu cepat..sedar2 dah pukul 4.. solat Zuhur selalu nak2 dekat Asar. Tapi bila terbaca renungan ni, Astagfirullah.. takutnya.. Lepas ni InsyaAllah akan solat awal waktu. Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea... Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya....-.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi. untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya MasyaAllah..-.
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.
Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.
Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.
Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.
Amin.
Sharing is Caring..
Kedatangan Ramadan 2012
2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
Tuesday, June 12, 2012
Bismillah
2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh b
4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka, maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, h
Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."
Keajaiban Surah Yasin - Ayat ke58
Alhamdulillah. ....I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalance. Every time it happens, I have to take antacid & synflex.Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than panadol. This is to let you know t he strength of synflex that so much so I have to take antacid prior to swallowing synflex.
handphone "Notes" or "To-do List" so that when you have a headache and with strong conviction, do the method, Insyaallah, it will work!
1. Read Al fatihah (1x)
What I did was, I blew it onto my palms and put my palms on my head for a while.After that, I repeated the whole process again.
He said "baca ayat 58 dari surah Yassin dan niat sambil meniup kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut".
So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti. Oh god, what a miracle, alhamdullilah, leganya.
From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu bantuan menghentikan pendarahan.
Rahsia Surah Yasin Ayat yang Ke- 58
Shh..."Silent Reader!"
Saya tak berape suka apabila timbul isu-isu kontroversi yg hanya menghangatkan telinga dan hati ini. Saya menulis untuk meluahkan isi hati yg terpendam serta berkongsi suka-duka kehidupan saya bersama kalian. Apabila isu yg tak best keluar, maka blog ini terpaksa ditutup buat sementara waktu. Harap ada yg memahami.
Selepas blog,isu twitter & facebook pula kedengaran pedih menyapa. Ada juga, di kalangan follower yg tidak berpuas hati. Hendak di"block", kawan sendiri. Takut terasa pulak. Nak ditutup terasa sayang. Nak tak tak, terpaksa la slow down..tak boleh nak aktif sangat macam dulu..huhu.
.jpg)