Posts

Showing posts from May, 2012

Rasanye belum terlambat untuk wish..

Image
  Khas untuk guru-guruku yang telah banyak menabur bakti kepada diri ini dan rakan-rakan sehingga membolehkan kami berada di pada tahap ini.. Specially untuk:- Form 5 Cikgu Syamsiah (Sastera Melayu), Cikgu Latipah (BM) Form 6 Cikgu Nurun (BM), Cikgu Laila (Geografi), Cikgu Sejarah(xngat nama.hehe) Universiti Dr. Sham, Dr. Zulhamri, Dr. Jusang, En.Nik, Dr.Marhazlinda, Pn.Ramlah, Pn. Rozana, En. Bakri, En. Mustahidin, En. Syahrul, Prof. Syed Agil Alsagoff,  En. Adri, Teacher Mazlin dan lain-lain. Dedikasi to En. Mot Bin Madon di atas jasa beliau yang tidak pernah berputus asa mengajar kami student BCOMM, yang sanggup berulang-alik dari Uum Sintok ke Baitulmal, KL. Terima kasih En.Mot. Sayang kamu semua.. Inila En.Mot saya.. (dua dari kanan)   Nak satu doodle comel tu?ade macam2 colour kat sini FIZGRAPHIC.COM

A Beautiful Hadith

Image
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'   Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan

Last Time @ Ben's Klcc

Image
Macam biasa la kan.. Asal ade member yang dah dapat bonus, mesti ada yang kena 'pow' ngan den.. hehe..al-maklum la i kan xdapat bonus cam dorang. hukhuk..touching tetibe lak..hehe. So, this time teringin benor tekak ni nak try makan kat Ben's. Jom usha menu kat bawah tue..   Harga macam biasa..kalau tak cekik darah memang tak sah kan. Duduk kat KL memang cam gini. Lebih-lebih lagi restoran kat Klcc nie. Telan liur gak la nak membayor.hehe..  Sementara tunggu makanan tiba, cam biasa kak dora akan jadi mangsa den untuk posing.tehee.. Bagus kak dora nie, dia layankan aje aku nie.  tak banyak complain mcm sesetengah member den. TQ kak!  Kemain busy bos aku nie.. Inilah muka wanted yg terpaksa bayar makanan kitorang. Hehe..Thanks Mr.Rahim.. :D  Cute Card yg menjadi hiasan meja makan kami..  Kak Dora punye..Fish Fillet.yummyyy..  Mine & Mr. R menu.  Hainanese Chicken Rice.Marvellous..  Berselera bos kita m

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Image
  Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. " Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar." Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakk