Friday, April 13, 2012

It is time to change...

Bismillah..

Hi korang? Lately, aku ngan kak dora sedang menjalankan satu program diet iaitu Cabaran Cereal..hahaha...tak ada la. Saje jer nak try makan cereal. ternyata kenyang la jugak.Aku beli Kellogg's Special K & kak dora beli Fitness cereal..dua2 sedappp..tapi aku hanya makan pada awal pagi jer..supposed kena makan pagi dan malam. tapi aku tak daya la, maklumlah kan..balik rumah jer, masakan mak den dah menanti kat atas meja makan tue..hehehe..ha, jangan buat tafsiran negatif dulu..



Even aku makan malam pun, still badan aku tak naik macam pam tue. Aku ngan kak dora mengamalkan gaya hidup yang sihat sekarang nie..After 5pm jer, terus salin baju dan bergerak ke taman Klcc untuk berjoging..kitorang bersenam setiap hari isnin, rabu dan jumaat. Setiap rabu ada free aerobic lagi..Seronok la..so, hasil selepas beberapa minggu ni menunjukkan badan aku menjadi semakin ringan..ok la kan,lepas makan tengah hari bagai nak rak, kami terus gi bakar lemak2 yang baru nak jadi n lemak2 tepu yang ada..tak nak lagi menternak lemak...hehehe.

Kalau korang nak cepat kurus, cubalah makanan tambahan yang lain..Macam-macam produk kesihatan kat pasaran sekarang nie..Aku teringin nak try Herbalife..pernah try sekali jer dulu kat Ampang Park masa time kak comel ada..produk yang bagus..memang dia bagi korang tak lalu makan la, asyik telan air masak jer..cuma harga produk tu mahal sket la..minum sampai nak termuntah la.tengok gambar aku masa try produk tue..hehe..control hajar,control...




so, lepas Herbalife..aku ternampak iklan kat tv, produk slimming terbaru iaitu Dmasha. Dmasha ada 2 (Apple Fiber & Try to Slim). Apple Fiber untuk kurangkan perut buncit dan Try To Slim untuk kuruskan badan..Murah pun murah..ok jugak kalau try kan..




 Tak lama tue, borak punya borak ngan kak fiza..Kak fiza suggestkan aku produk S.I.Y (Slim It Yourself) untuk dicuba.
Produk ni pun agak mahal sket la..berbentuk minuman jugak..tapi dengar citer berkesan jugak untuk kuruskan badan..lepas dia suggest S.I.Y, dia suggestkan pulak Meizitang Botanical Slimming Capsule..Pil jer..dengar citer, lagi cepat kurus..dalam 1 minggu dah turun 1kg..

So, sekarang ni aku dalam dilema..tak tau nak try yang mana satu.. last-last aku try Detox Slimming FootPatch. Dah pakai 2hari..kemain banyak toksik dalam badan yang keluar..masih dalam tempoh percubaan..aku nak try tengok la apa yang akan jadi lepas seminggu aku pakai ..


So, kalau korang nak try produk slimming yang ada kat pasaran tue, aku suggestkan beli la produk yang mampu jer..tak yah abiskan duit beribu-ribu tapi hasilnya hampeh.. Macam sesetengah orang kata "Kenapa la nak kedekut untuk diri sendiri.." Bukan kedekut yer..sebelum uols terkena baik periksa dulu keberkesanan sesuatu produk sebelum beli. Kalau tak berkesan, tak ke dah membazir tu..Membazir tu amalan syaitan k..ingat..

Cik Jah: Pakai apa yang mampu k..tak mampu, moh kita buat exercise, aerobic ker atau jogging.. Mari amalkan gaya hidup yang sihat.. :)

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio