Girls Generation Live at Twin Towers Concert, 2012


Twin Towers Concert diadakan bagi menggantikan 2012 FORMULA 1™ PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX  F1 ROCKS CONCERT. So, tahun ni merupakan tahun ke2 konsert tersebut dijalankan. Tahun lepas, penyanyi kumpulan K-Pop iaitu Wondergirls dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tetapi acara pembukaan tahun lepas dimulakan dengan Yuna Zarai. Manakala tahun ini Girls Generation pula didatangkan khas dari Korea bagi memeriahkan lagi konsert dan diberi peluang untuk membuat acara pembukaan. Gila gamat suasana. Bergema suara peminat2 K-pop nie melaung2kan nama kumpulan tersebut..
 Perbezaan lain ialah tahun lepas promosi konsert kurang meluas berbanding tahun ni, yang mana tahun ni aku tengok boleh tahan gak promosi smp ke ESPN, 8TV, HOTFM dan sebagainya. Konsert sepatutnya bermula pada jam 8.30malam. Bagaimana pun, acara pembukaan oleh Girls Generation ini hanya bermula pada 9.10malam yang mana agak lewat la.. dan habis kira2 9.50malam.

Cube korang bayangkan apa jadahnya khemah ni menyemak je depan skrin besar tu? camno la aku yang kat depan ni (tak berapa depan) nak tengok? takda akai apa? apa kebengap sangat la orang yang atur majlis nie? (Nak tunjukkan betapa bengangnya aku!)

 Dah aku tensen sangat tak puas tengok, last2 aku berundur ke belakang sikit. Baru la nampak. Ni aku pakai camera hak chokiaa punyer tu yang kabur. Tunggu la nanti aku beli kamera DSLR tu nanti, baru clear.. :p

Menda la pulak belon besar ni wujud kat situ kan? Tu nak menunjukkan pintu masuk ke Fan Zone eh silap Golden Fan Zone la.. Golden la sangat kan.. Tiket percuma je kot.. Nak tengok tiket percuma tu? Tu ha kat bawah tue, hanya sehelai kertas je kot.

Sebenarnya bengang coz tak dapat tiket tu. hahah..aku yang staff klcc ni leh tak dapat. Orang yang jaga tiket nie iaitu rakan sekerja kat opis tu kata, kalau nak tiket kena tulis nama. Jadahnya, tiket percuma nak kena tulis nama bagai. Tak kuasa..tu yang tengok belakang khemah je..huhu..

Gini la skrin di pentas..dah berbelang2. sakit mata, sakit hati jer.

SNSD ni mempersembahkan 6 buah lagu termasuklah Hoot, Genie, The Boys, Run Devil Run, Mr. Taxi and Gee. Lagu2 diorang ni memang best..tak caya, tengok videoclip dorang la.. Walaubagaimana pun, Yuri tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.. 

 So, sebagai tatapan korang, sila2 la tengok gambar2 sekitar majlis  yang aku amik kat google..hehehe..cam aku cakap la aku pakai camera cikai..huhu
Dan lepas je abis SNSD ni performs, berpusu2 manusia yang mana kebanyakan peminat K-pop yang terdiri daripada remaja ni bergerak pulang. Padahal, lepas SNSD, Nicole Schezinger pulak ambil alih. Tapi disebabkan manusia ni dah bertolak keluar dari fan zone tue, aku n bf aku terpaksa la gak bergerak balik la.. sedih tak dapat tengok Nicole perform. Rupa2nya, yang ramai2 datang tu semata2 nak tengok SNSD. Tapak konsert yang penuh ngan lautan manusia tadi, terus lapang. Macam padang jarak, padang terkukur.  So, nampak tak aura K-pop yang melanda kebanyakan negara masa kini. Huh, dahsyat tuee.. 

 
Korang kenal ker mereka nie? tak kenal? aku pun tak kenal..hahaha. Jom kita tengok gambar sorang2 ahli kumpulan ni yang terdiri daripada 9 orang nie...




Cik Jah berkata-kata: "Entah kumpulan K-pop mana la pulak tahun depan?"

Comments


Popular posts from this blog

La Ikro Ha Fiddin

LAWAMMAH (BARAN)

KOREA NO.1 SHAMPOO BRAND (DAENG GI MEO RI)