Friday, April 13, 2012

Fikir Dahulu Sebelum Berkata-kata

Hahaha..dah macam iblis la aku tengok.hehe
(Gile evil sape yang edit gambar Tyra Banks dalam citer America's Next Top Model nie..)

 Ha..mulut manusia nie kalau tak ditegur atau dikawal, begitu la jadinya..
Bak kata orang, "Lidah manusia lebih tajam daripada mata pisau".
Peribahasa Melayu juga ada menyebut "Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris".

Tapi aku hairan la, ada jugak yang tak perasan kata-katanya telah menghiris tangkai hati orang lain. Padahal, sudah terang-terangan dan ketara sekali bahasa yang digunakan amatlah kasar dan cara dia berkomunikasi ternyata 'out' la..Bukan la nak kata aku ni bagus..tetapi, kadang-kadang bila nak bercakap tu kenalah berhati-hati jugak kan. Jangan la sedap mulut jer..

Macam aku, kadang-kala aku lebih suka ambil langkah berdiam diri.. Daripada berkata perkara yang bukan-bukan dan boleh menyentuh perasaan orang, baik kita tutup rapat mulut ni..Kita sebagai manusia, memang tak lari dari membuat kesilapan kan. Dengan itu, sama-samalah kita sentiasa memperbaiki kelemahan dan kesilapan kita tu. Ini, orang dah sound dan tarik muka tanda tak puas hati dengan kita pun, kita tak dapat nilai. Bila orang tak bercakap dengan kita, tau la pulak terasa. Habis tu, bila bercakap tak fikir pun hati orang lain. Dah la bahasa kasar, bodoh-bangang dah biasa la kan?, siap maki-hamun lagi, lepas tu terjerit terlolong bila bercakap. Macam la orang tu pekak sampai nak terjerit-jerit ha.. Belum lagi bila bercakap tu pandang orang lain..macam-macam ragam la kan. 

Selalu perkara-perkara macam ni banyak terjadi di sekeliling kita. Mestila ada je insan yang tak paham bahasa ni kan..Mula la rasa darah meruap-ruap naik...hot tempered. So, daripada kita tak ada apa-apa yang perlu dikatakan kepada orang tersebut, maka diam adalah langkah yang lebih baik. Kalau buatnya, masa ekau bercakap tu membuatkan individu itu sakit hati, dah tu jenis yang panas baran kan...mau si polan tu laser ko balik macam gambar kat atas tue..baru ko tau langit tu tinggi ke rendah. Time tu padan la muka ko kan..siapa suruh cari pasal.

Bahaya woo..boleh jadi bergaduh woo, ada yang sampai putuskan hubungan persaudaraan pun ada..berbunuh pun ada yang sanggup.
So, sebagai peringatan kepada diri sendiri dan iktibar untuk semua..
Hati-hati la bila berkata-kata ye..

Cik Jah: Bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru la nak terngadah..
Time tu nasi dah jadi bubur pun.

2 comment:

RJ Beena said...

as salam dik. blh bg emel ? kak nak explain pasal soalan adik tadi, cma akak nk tanya adik tanya tuk kopi tu saje je ke or produk muka tu skali ?

http://rjbeena.blogspot.com/2012/04/combination-to-be-more-pretty-and.html

Ct_hAjAr said...

saya dah post kat komen..dua2 pun boleh kak..

 
Blog Template by Delicious Design Studio