Monday, March 19, 2012

PETUA TRADISIONAL

  1. Petua untuk mengilatkan rambut - ambil sebiji nanas yang masak dan kisar. Lumur pada rambut dan biarkan selama satu jam. Kemudian bilas. Lakukan dalam dua kali seminggu selama 3 bulan dan anda akan lihat hasilnya.
  2. Petua untuk menghilangkan jerawat - ambil bawang putih dan hancurkan dengan lesung. Sapu sedikit air bawang tersebut pada kawasan yang berjerawat. Biarkan semalaman. Lakukan dengan kerap dan jerawat akan kecut.
  3. Petua untuk menghilangkan daki pada badan - sangai (masak tanpa minyak) beras pulut dalam kuali sampai warna kekuningan. Kisar beras pulut sehingga halus. Ambil sebiji telur (tubuh sederhana) dan campurkan dengan beras yang dikisar tadi kemudian lumur pada seluruh badan. Bilas dan kulit akan terasa lembut.
  4. Petua untuk menghilangkan kelemumur - ambil beberapa batang serai yang besar. Kisar serai dan dicampur dengan beberapa sudu minyak zaiton. Kemudian lumur pada kepala dan biarkan selama satu jam kemudian bilas dengan shampu. Lakukan selama 3 bulan. InsyaAllah kelemumur akan hilang dan rambut akan sentiasa berbau harum dan terasa lembut.
Petua ni daripada member aku, Sharifah Nurul Izzah. Tak pasti la jadi ker tak coz tak pernah cube pun. Bising gak la member coz aku malas nak try petua2 dia. Kalau uols rajin, cube la..kalau berkesan, bagitau tau.. teheee

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio