Thursday, January 19, 2012

Doa : Pengubat Jiwa..

Headache tiba-tiba..sakit hati + sakit otak aku nie.
Apa taknye..nak pergi event pun susah..pergi je la..tak nak pergi sudah..

hamba Allah : aja, ti pergi event tu duduk semeja ngan siapa? Kalau semeja ngan ehem2, akak taknak pegi la..nanti akak sorang2 je takde kawan. 
aku : saya tak kisah dok ngan sape. tak kisah la semeja ngan siapa pun..yang akak pk sgt ni kenape? saya ni bukan kawan akak ker? bukan org?

Hati aku dah panas..ngan semua org dia tak nak pegi..nak pegi berdua je ngan aku..
Bukannya ape..satu opis kot..lain department je..kena la bergaul. Pentingnya event2 cam ni fungsinya untuk ape? Mestilah untuk mengeratkan tali sillaturrahim kan?

Aku bukannnya baik sgt pun..tp, apa la salahnya time tu la kita berkumpul..kat opis ok jer..tp kat luar lain plak..so, aku ni kat tengah2..tak tahu nak kemana..akhirnya, aku wat keputusan ikut je la akak ni nak dok ngan sape.susah la plak nak kena jaga hati orang nie..semua kena ikut..kalau tak ikut memberontak..abis asyik aku yg nak kena tolak ansur..al-maklumla geng2 single lain..jenis tak kisah..geng2 married ni lain plak..cepat touching..dah tu..dak2 single ni la yang asyik makan hati ulam jantung..jangan marah ye ngan statement tu k..reality ok..

Memang stress klu melayan perangai diorang nie..aku ni tak larat dah.Sabar je Ct  Hajar. Biasala dalam organisasi, macam perangai manusia kita leh tengok..So, klu korang ade masalah lebih kurang aku.. just take it easy (ayat yg selalu pakwe aku ckp). TAKE IT EASY..TAKE A DEEP BREATH & RELAX..so, nak ilangkan stress tu, aku pun gi jenjalan kat department no2 aku kat Safety Dept..borak2..makan2..baru patah balik kat tempat aku..serious lega skit..So Be Strong, Ct Hajar dalam menghadapi ragam manusia yang pelbagai...Lately, klu ade masalah yang datang..langkah yang aku ambil ialah dengan MUHASABAH DIRI..kembali kepada Pencipta..Istighfar banyak2..tu je yang boleh kita lakukan sebagai manusia di atas muka bumi nie..
Semoga hari2 anda ceria dan gembira..

So, untuk itu..nak share satu doa ngan korang. Doa ini kena baca di waktu pagi dan maghrib.. InsyAllah, dipermudahkan segala urusan..

Doanya berbunyi: 

"YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI KESUSAHAN DAN KESEDIHAN. 
AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI KELEMAHAN DAN KEMALASAN.
AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT PENGECUT DAN KIKIR. 
AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI TERBELIT OLEH HUTANG DAN TERTINDAS OLEH ORANG LAIN.."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Wednesday, January 18, 2012

Ceramah Motivasi

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah said-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja,
hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-

1. Ada di antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.


3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri
Kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera.
Tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik.
Adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untukitu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan. Kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti.
Kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...


"mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

SEBAGAI RENUNGAN KITA BERSAMA..
SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIBERKATI ALLAH..
AMIN..
 
Blog Template by Delicious Design Studio