Annoying People!

Apa kes nie..?? 
Last time, seingat aku dalam bulan puasa..bulan ramadhan bulan yang mulia,so, kite kena jaga setiap butir perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita kan..tapi, ada la seorang hamba Allah ni telah mengguris hati & perasaan aku.


citer nyer bermula apabila me n the gang nak gi buka puasa kat Traders Hotel. Kebetulan hamba Allah ni ikut. dah buyong2 tu nak ikut gak..itu tak kisah la.Kisahnya, my fren yang mana satu group ngan dia dengan tetibe berkata "Eh,sama baju awak ngan hajar.." Then, dengan sepantas kilat minah ni terus berkata "ANNOYINGGGGGGG..."beserta gaya gediknye.




Pergh, bagai ditusuk sembilu tajam bila aku mendengarkan perkataan tersebut dikatakan. Pedih, sakit, ditikam2, malu yang teramat..mcm2 perasaan bercampur baur.Bertambah malu apabila ada bos yang aku kenali di dalam lif tersebut yang memuatkan seramai lebih kurang 8 orang officemates aku.. apa korang akan rasa bila perkara begini berlaku pada korang.. aku yang memang bengkekkk sesangat terus berkata "Eh, mana sama..xsama".Perkataan untuk sedapkan hati sendiri..


Dan sampai sekarang, perkataan berupa penghinaan terhadap aku itu x dapat aku lupakan sampai bila2. Terkadang ada la aku terdengar mereka mengatakan annoying sesama mereka.
dan kemudian barulah aku tau bahawa perkataan itu bermula dari seseorang individu ni dan menjadi ikutan yang lain termasuk la minah ni yang terikut2 budaya tersebut. Gurauan sesama mereka takpe la..ini ko nak bgurau dgn orang yang ko tak rapat.dah tue, engkau tu baru je dalam organisasi nie. dah nak berlagak macam ko bagus. dan sebenarnye, apa yang engkau katakan itu adalah mencerminkan diri ko yang sebenarnya. so, sebagai reply kepada bahasa ko tu ialah "JEJES"..ha,puas hati aku dapat luahkan dalam blog aku nie.. :/


Korang nak tau, minah nie bergurau memang tak kena tempat. cakap ngn orang pun, bahasa nauzubillahhh.. teramat2 kasar. bagi aku, dia mungkin kurang berpelajaran.
Bukan nak kata, orang yang berpendidikan akan lebih menjaga tutur kata dan perasaan orang lain berbanding mereka yang kurang.. aku tak leh imagine mcmana cara dia bercakap dengan klien. aku pun bukannya perfect..tapi aku tau batasan dalam bercakap.tak perlu nak malukan orang lain di hadapan orang ramai. Tuhan itu Maha Adil...engkau pulak menyakitkan hati orang semasa engkau mengandung.


So, fikir2 lah sebelum memulakan bicara. Lidah manusia nie lebih tajam daripada pisau.
Lebih baik berdiam diri dari mengatakan perkataan yang menyakitkan.


Pesanan untuk semua dan diri sendiri :-
THINK BEFORE REACT!!


Comments


Popular posts from this blog

La Ikro Ha Fiddin

LAWAMMAH (BARAN)

KOREA NO.1 SHAMPOO BRAND (DAENG GI MEO RI)