Wednesday, June 29, 2011


Photo Decorator


Dia seorang yang sangat baik

Amat rapat dengan diri ku di ofis ini

Teman suke duka ku selain kak Comel


Dia sangat memahami

Dia sumber inspirasi


Dialah teman, dialah kakakku

Dia pendengar setiaku

Bukan sekadar mendengar,

Dia jugalah turut memberikan nasihat & tunjuk ajar

Panduan & pedoman dalam mengharungi ranjau kehidupan


Dia cahaya penerang jalan

Dia tidak pernah mengeluh, tidak pernah kedengaran nada kesal

dalam melayan segala kerenahku yang bermacam ragam


Hidupnya penuh dengan keceriaan & kegembiraan

Pedih di hati disimpan dalam diam

Dia sungguh tabah & cekal

Walau kilat datang menyambar

Walau lautan bergelora

Walau marhain meletak duri di jalannya


Dia tetap dia,

Dia tetap menongkah arus yang dahsyat dengan semangat yang terus membara,


Dialah Afiza Shaari yang kukenali

Tiada yang dapat menandinginya

untuk terus bertakhta di jiwaku

YOU'RE MY IDOL kak Fiza....!

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio