Saturday, June 18, 2011

KFC LUNCH TREAT

Korang ingat lagi tak kisah Muzzie, member ofis i tue..apa? tak ingat? okay, uols boleh usha balik kat SINI. Takpun scroll down musti ada. Mesti uols nak tahu kesudahan cerita si Muzzie tue.

Alright, seperti yang dijanji i pun buat la aktiviti amal pergi kemaskan meja mamat nie. Bila usha meja dia, ingatkan senang la nak kemas just campakkan ajer dokumen yang ntah hape2 tue. Bila i mula mengemas, i kutip la kertas2 yang berselerak tue. makin ku kutip, rasa macam tak susut pun. Kemas bila sini, sana bersepah lagi. Dah la ari jumaat, i pulak tak terfikir nak buat aktiviti mengemas pada hari jumaat tu. i pun pakai la baju kurung. Hamik kau..menitik2 peluh den, ketiak dah basah, badan dah melekit2, kepanasan yang teramat walaupun ada aircond..tak rasa dow. i kuatkan semangat untuk settlekan table dia tue. Tetiba terasa nak usha bawah meja. sekali i pun tundukkan kepala tengok apa yang ada di bawah meja. Giler dow, terlebih ternak.drawing bersepah2, kotak tak bersusun, selipar zaman jepun pun ada sejak berkurun selipar tu sangkut kat situ. i dah la 'allergic' ngan habuk..habis nak wat camner, i pun tutup idung n tahan nafas. Fuuhhhh..semput gak la. Alhamdulillah settle la jugak..

Elok jer meja dah clear, tuan punya badan datang. Terkezzzuuuutt habis dia..bukan dia ajer. Member2 yang lain punya la sakit ati + sakit mata coz dorang tak percaya aku leh clearkan meja tue. Dorang semua cakap "Meja Muzz ker tu, wa tak caya dow..wa bagi seminggu jer"..dan macam2 la cakap2 tak puas ati. Boleh lak member2 aku ngat free punyer keje..giler baik ati aku..aku pun cakap la.."Kalau korang nak, bayar yer"..dengar jer aku cakap bayar, semua tarik muke..gaggagagaa..Giler hape, poket aku dah kering, tenaga habis, masa terbuang coz bukan termasuk dalam scope of work aku.so musti la berbayar..hhehhe. Kira relevan ape permintaan aku tue.. gaji dorang gempak2 takat belanja aku makan tak luak la gaji dorang yang beribu2 tue. Muzz jugak yang baik ati belanja aku yang dah tolong dia dengan rela hati.. Mak suke,sukkeee..Tapi si Muzzie ni baguih..dia tak lepas tangan cam tu jer.malahan dia menurut aje permintaan aku yang menyuruhnya gi check mana dokumen yang nak pakai n yng nak let go.ada la dalam 2 tray. Berpeluh dia asingkan kertas2 tue..tapi yang paling penting dia tak ngeluh. Thats y aku suke wat kerja kat Fit-out Section nie. diorang ada semangat berpasukan tak macam Maintenance Department aku tue, yang leh harap si KZ jela..yang lain, hampeh..tengok file pun tak nak.

Wokeh, setelah habis mengemas. Lepas je solat jumaat, seperti yang dijanji Muzz belikan aku KFC. tapi aku taknak KFC Chicken Chop coz dorang kata kuah chicken chop tu tak sedap..maka nye Muzz telah  membelikan aku JENG, JENG, JENG....

aku punyer..
Potato Wedges
Cheezy wedges for me too..
Other KFC Desserts
Cube teka yang mana satu aiskrim yang aku dapat? hurm..
musti la yang mahal punyer. [SUNDAE]

Tak lupe jugak untuk yang lain..muzz belikan KFC COMBO MEAL untuk rakan2 di departmentnyer. Kak dora pun turut serta makan. I sempat tapau seketul untuk kak fiza. Then ada mata yang jeles nak la jugak KFC tue. Tak kan aku nak kata tak leh..sebab aku punyer muzz dh beli asing. Combo meal ni untuk Muzz n rakan2 dia. Aku lak yang jadi serba salah. Aku beranikan gak la tanya kat member2 muzz kekalau aku leh bagi dorang. Member muzz suh tinggal sket. so, aku amik la 2 ketul untuk member aku (lelaki okay) yang wat muke seposen tu.
untuk dorang
So, aku memang salute la ngan Muzz, tetap tak lupe kawan2 di department dia. aku lak yang terharu. So, disebabkan muka tak percaya dorang..dorang ada la snap SEBELUM dan SELEPAS kemas. nanti aku dah dapat.aku masukkan untuk korang tengok..sebagai proof okay...wait for the photo kay..

Sekian...cerita aku untuk korang. layankan ajer.

p/s: maaf kiranya ada yang terasa, coz i tulis berdasarkan perasaan & isi hati yang terpendam..orang kata tak baik pendam2 okay.nanti diri gak yang parah.i am profesional person, work is work. i cakap habis kat sini jer kay..Peace No War!!

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio