TWIN TOWERS@LIVE 2011 (PART 1)

Hi uols..ok,ni story yang dah basi.dari sehari ke sehari nak update, tak jugak ter'update.ye la cerite dah basi la katakan..nak tulis pun dah takde selera..sebab tu klu uols perasan, klu uols perasan la kan.i asyik cerita bab arti je,story bout music, video clip, mutiara kata dr twitter la n perkara yang tak berapa berkenaan..hahahahahhaa.. sekadar tangkap muat je tue..hehe..tak la sebab i suke picture artis2 antarabangsa.cube tengok gambar cam taylor swift, avril lavigne..semua lawa2 kan..geram.tu yang nak gak muatkan dalam blog nie..hehehe..

ok,back to d story.i pun dah bosan asyik baca entry yang sama..so, i nak update gak la citer2 yang dah basi tuee..alright, ingat lagi tak entry bout TWIN TOWERS CONCERTS @ LIVE 2011???Last entry just nak promote event yang julung2 kali diadakan oleh pihak petronas bersempena dengan kedatangan F1 yang lepas.
so, kali nie nak citer la kat korang pengalaman i turut serta dalam concert tersebut.

HARI PERTAMA (JUMAAT - 8 APRIL 2011)

Hari pertama konsert, lepas je abis waktu kerja, me n kak dora terus terjah tempat konsert tue. hujan rintik2 la pulak..tapi manusia teramat la ramai yang datang.maklumla kan free entrance. ramai la yang serbu. Oleh kerana kami berdua tak dapat pass untuk berada di zon tengah (FAN ZoNe), makanya kami hanya berada di   sisi tepi sahaja.Punye la banyak belon besau2 kat situ sehingga menghalang pandangan ke arah stage.tensen la kan. nak panjat bodyguard2 tu tak bagi..takut rosak pokok.hampeh..apa lagi bahang je rasa yang baju kerja nya.i okay lagi pakai seluar.kak dora lagi best,dia pakai baju kurung.leh la dia lupe ade konsert petang tu..abis, berpeluh2 la kami..lama gak la nak tunggu dorang start. kul 6.30 kami dah terpacak kat situ. lebih kurang jam 8pm baru la dema start.


Part paling best, punye la nak dapat pass berasak2 manusia nie. bertolak2, tarik2..segala2nya berlaku. yang tak boleh blah, aku ngan kak dora yang berpegangan tangan tadi takut hilang la kan, boleh la pulak berpecah. kesnyer, kak dora nampak bodyguard aka security tu baling pass.kelam kabut kak dora lepas tangannya dari i. dah berpecah..sebenarnya, i tak dapat berpaut tangan kak dora, hanya jari kelingking nyer saje yang dapat aku pegang..kebetulan jari tu ade cincin emas pemberian suami. cuak gak la kak dora,risau aku tercabut cincin dia..hahahhahahaaha..kelakar sungguh..

tak cukup dari tu, di dalam keadaan berasak2 tadi, ade la pulak sorang mamat ni makan chewing gum depan den kan..den pun terliur la tengok dia kunyah chewing gum tu.maklumla, panas.tekak pun dah kering. i pun mintak la mamat tu.elok2 je tinggal 2pcs. apa lagi, satu utk aku n satu utk kak dora..puas ati..hahahaha..

okay, setelah hmpir 2 jam lebih kami berada di dalam keadaan tertekan coz tak dapat pass, akhirnya sampai gak i kat bahagian depan pagar zon tengah.masalahnye, ade la bodyguard kat situ yang baik ati nak bagi den masuk.den kata la den ade sorang member kat tepi tu. mamat tu kata klu nak masuk,baik masuk.tak nak tak yah..camno la kan den nak masuk..takkan nak tinggalkan kak dora. abis den pun cube la melangkah masuk tetapi dihalang oleh pompuan yang mengawal pass tu..sebabnya, bila dah pass,dorang akan chop kat tangan. abis, kakak tu punyer la kasar tak bagi den masuk.. abis i dah frust..tapi i lepak lagi kat bahagian depan pagar tu..nak tau uols,ade la sorang mamat bodyguard ni gile punye kurang ajar bahasa dan perbuatannya. boleh lak dia tolak i supaya tak lebih dari pagar..yang bestnye, bila orang bising dia leh jawab "NI BUKAN KONSERT SAYA, KALAU SAYA PUNYER DAH LAMA SAYA BAGI KORANG MASUK!!!!!!!" Wah cantek bahasa..banyak mulut la pulak..nak tau, waktu berasak2 tue, muke mak yang cantek nie tertonyoh kat perut dia yang teramat boroi tu.terperosok muka i nie..hampeh..mau tak tertonyoh, orang belakang bertolak2.tak dapat nak tahan..sesak nafas..smpkan handbag i hampir terputus. smp skrang i tak pakai,risau lagi putus. abis dah keadaan bertambah teruk, me n kak dora terus lepak kat belakang je..ade la pulak tempat duduk.skrin besar tu clear la pulak dari tempat kami duduk tu.so dapat tangkap gambar dari situ.

Okay, korang nak tau apasal la ramai bebenor orang hari tue. sebabnya artis yang perform utk malam tu semuanya yang best2 belaka iaitu YUNA, WONDERGIRL, HOOBASTANK, THE AZENDERS & BUNKFACE.setiap artis menyampaikan lebih kurang 5 lagu. Pembukaan Yuna, penutup Hoobastank. Ramai yang seronok menyaksikan Wondergirls menari.lagu korea mana la ade orang paham.yang orang tahu pun lagu "NO BODY" tu jer..Bunkface memang gempak..teramat2 best..happening habis. Lepas je letih tengok artis2 tu menyanyi kat atas pentas tue, DJ's mainkan 'table' dengan lagu2 seperti G6, The Time(Black Eye Peas),lagu lady gaga n etc..ala, lagu2 masa kini ala2 disco..30mins non stop aku ngan semua orang terkinja2 mcm beruk..nak gi disco, ya ampun la kan.so, open concert pun jadi la.i ni pantang dengar muzik, musti nak dance aka joget style jaja..hehehe..lepas je abis lagu2 disco berkuasa tinggi, DJ's tu sambung pulak lagu hard rock.ha, apa lagi yang lelaki2 semua HEAD BANGING la...termasuk husband kak dora. beria2 dia anggukkan kepala..jgn tak angguk bang.."Angguk2, geleng2..."hahahhahaaha.

Lepas tu abis 1 jam muzik non stop.baru la muncul Hoobastank untuk acara penutup. smpkan kami dah tak sanggup nak dengar. bukan apa, banyak bebenor lagu..walaupun aku suke lagu yang bermuzik agak keras, serius mak pun letih.camno la Hoobastank nyanyi tak penat2..dah tak larat nak tunggu kami pun menuju haluan masing2..balik la kan..dah lewat dah pun.midnite. 12.30pm..badan pun dah sakit2..ekeke..disebabkan dah terlampau lewat nak balik.aku call la abang Basri yang turut join konsert tu. nak tumpang balik.hehehe.. abang Basri okay jer..tapi disebabkan dia nak tengok bunga api, makanya kami pun tunggu la sampai habis.tapi kami lepak membelakangkan pentas.smpkan terserempak ngan bos gue, en.azhari yang kuat kerja smp ke malam.orang tgk konsert,dia dok kat opis,keje.nama pun bos kan, musti wat keje lebih sket..hehe..

Lepas je abis, singgah opis jap then terus balik..on d way balik tue, abang Basri lapar la pulak.dah singgah melantak kul 3pagi kat restaurant dekat ngan rumah den..smp rumah 3.30pagi..terus hanyut smp kul 1petang.
Penat seh, tapi memang seronok..

So, i sempat la rakam beberapa gambar sekitar hari tersebut.

YUNA

WONDERGIRLS
FIRST SHOT
2ND SHOT
3RD SHOT
BUNKFACE

HOOBASTANK!!

MERCHANDISE

TO BE CONTINUE....=====>

Comments


Popular posts from this blog

La Ikro Ha Fiddin

LAWAMMAH (BARAN)

KOREA NO.1 SHAMPOO BRAND (DAENG GI MEO RI)