Tuesday, March 1, 2011

Cantik Secara Semulajadi dengan Evening Primrose Oil (EPO)

Seperti yang kita semua tahu, penjagaan kesihatan amat penting terutamanya di peringkat pertengahan usia. Pelbagai masalah yang akan dihadapi oleh kaum wanita khususnya berkaitan dengan kulit. Sebagai langkah pencegahan, pengambilan minyak evening primrose yang dikenali sebagai EPO (Evening Primrose Oil) merupakan minyak yang didapati daripada biji tumbuhan bunga evening primrose yang tinggi dengan kadar GLA (Gamma Linolenic Acid) dan tergolong dalam asid lemak omega-6. Pengambilannya semakin popular pada hari ini tetapi masih ramai juga yang tidak mengetahui akan khasiatnya.

EVENING PRIMROSE
Pengambilan evening primrose dapat merungkai masalah yang dihadapi oleh penghidap ekzema. Apa itu ekzema? Ekzema ialah penyakit yang dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah kulit yang merah, radang, kulit  pecah, merekah dan berdarah di kawasan yang terjejas seperti muka, jari, jari kaki, siku, lutut, dan bahagian tubuh bagi kes ekstrem yang lazimnya akan berasa gatal, kasar dan kering.

Kebaikan:-
* Memperbaiki kelicinan kulit
* Mengurangkan tompok merah pada kulit
* Membantu dalam mengawal penghasilan protagladin
* Membantu mengurangkan kesan hipersensitiviti tisu-tisu tubuh paras hormon prolaktin dalam tubuh wanita.
* Membantu mengawal aturan haid
* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak

dalam bentuk  SOFT VEGICAPS 
Antara Produk yang Berada di Pasaran:-

SEVEN SEAS

KORDEL'S

21st CENTURY

BLACKMORES

BIO-LIFE



Sumber: Mingguan M'sia (Ahad, 20/02/2011)
Segmen Kesihatan, Penjagaan Kesihatan Secara Semulajadi, 
Pg.6
  

1 comment:

Cute MuM said...

jom lah join boling tue.. kalo kompom nak join bagitahu ye.. nak budjet orang untuk book lane..

http://mamiuyun.blogspot.com/2011/02/kejohanan-bowling-bloggers.html

 
Blog Template by Delicious Design Studio