LAWAMMAH (BARAN)



Lawammah yang bermaksud haiwaniah iaitu kebinatangan yang mengekalkan bagi segala nafsu syahwat yang merupakan salah satu jenis nafsu yang amat berbahaya dalam masyarakat.(petikan daripada http://nakih.blogdetik.com). Ia juga dipanggil Baran. 


Lawammah lakonan Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Rosyam Nor yang merupakan mereka yang mempunyai penyakit baran. Cerita bermula apabila seekor lembu jagaan Budin (lakonan Rosyam Nor) telah memusnahkan tanaman pokok pisang milik Mohsin (lakonan Nasir Bilal Khan). Keadaan ini telah menimbulkan perasaan marah yang tidak terbendung oleh Nasir sehingga menyebabkan Nasir menetak kaki lembu tersebut. Keadaan lembu yang sudah cacat menyebabkan Budin menuntut ganti rugi daripada Mohsin dengan menggunakan Emam Manan (sebagai Pak Mail) menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah tersebut bagi pihaknya. Hal ini kerana tidak ada seorang pun orang kampung yang berani menegur dan berdepan dengan Nasir yang terkenal dengan sikap panas barannya. Sekaligus menyebabkan anak perempuannya menghadapi tekanan yang mendalam akibat sikapnya itu. Isteri Nasir (lakonan Elly Suriati) hanya terpaksa menurut sahaja kata-katanya suaminya tanpa membantah sedikit pun. Keadaan ini ditakuti akan mewujudkan pertelingkahan antara dirinya dalam suaminya yang boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini. 


Suatu hari, apabila Mohsin sedang menunggang motorsikalnya, dia didatangi sebuah kereta mewah yang memandu dengan laju ke arahnya menyebabkan Nasir mengelak ke tepi jalan. Nasir dengan perasaan marah meluru ke arah kereta tersebut dan membuka kereta itu serta menarik keluar pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki cina dan rakan kepada bakal besannya. Bakal besannya itu (lakonan Shahruddin Tamby) yang juga majikan kepada anaknya terkejut apabila melihat Mohsin meletakkan parang ke tengkuk rakannya itu menyebabkan bakal besannya itu menjerit namanya. Apabila melihat bakal besannya itu, Mohsin terus berlalu.Hal ini menyebabkan besannya menyuruh anak lelakinya memutuskan pertunangan dengan anak perempuan Mohsin. Anak perempuannya yang berasa sedih dan tertekan apabila mengetahui perkara tersebut daripada keluarga tunangnya terus menyampaikan perkara itu kepada Mohsin. Keadaan ini membuatkan Mohsin menjadi marah dan pergi ke tempat kerja bakal besannya. Anak perempuannya memanggil Pak Mail untuk membantu daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Mereka terus ke tempat kerja majikan anaknya dan mendapati bapanya menyerang majikannya. Keadaan dapat dikawal dengan adanya bantuan Pak Mail. Sampainya di rumah, isteri Mohsin yang berdiam diri selama ini telah meluahkan perasaan marah. Berlakunya pertelingkahan antara mereka menyebabkan Mohsin menceraikan isterinya itu dalam keadaan sedar dan waras. Pak Mail yang cuba menahan Mohsin daripada menyebut perkataan 'Cerai' kepada isterinya di hadapan anak perempuan mereka, terkejut mendengarnya. Pak Mail terus menerangkan kepada Mohsin bahawa Mohsin telah tersilap langkah kerana dengan berlakunya perceraian tersebut menjadikan Mohsin tidak dapat lagi me'rujuk' dengan isterinya lagi kerana sebelum itu, Mohsin telah menceraikan isterinya sebanyak 2 kali sewaktu anak perempuan mereka masih menuntut di universiti. 


Keadaan semakin panas dengan kehadiran Budin yang marah2 dan memaksa Mohsin membayar ganti rugi . Hal ini kerana tuan punya lembu telah memarahi Budin kerana tidak menjaga lembu tersebut dengan baik dan menyatakan sekiranya Budin tidak dapat membayar ganti rugi, lembu-lembu yang masih tinggal akan diambil semula oleh pemiliknya yang membuatkan Budin menjadikan semakin marah dengan Mohsin. Pak Mail yang berada di situ menyuruh Budin pulang dahulu kerana keadaan tidak sesuai untuk membincangkan perkara tersebut. Budin yang juga seorang yang panas baran tidak terkawal perasaannya dan membuka sejarah hitam Pak Mail dengan menyatakan bahawa Pak Mail juga seorang yang panas baran yang telah mengakibatkan kematian isteri Pak Mail dan anak-anak Pak Mail tidak lagi menjenguknya akibat perkara tersebut. Keadaan berakhir apabila Pak Mail yang tidak sanggup mendengar sejarah hitamnya diungkit telah menampar Budin sehingga Budin terpelanting ke batang pokok yang terletaknya parang di pokok tersebut menyebabkan Budin mati di tempat kejadian. 


Ha,punya la panjang lebar. Drama tersebut telah membuatkan suspen kepada para penonton dan memberikan kesan dan menjadi pengajaran kepada penonton supaya SENTIASA BERSABAR DENGAN APA SAHAJA DUGAAN YANG MENDATANG kerana perasaan lawammah hanya mendatangkan kemusnahan hidup.
Daripada drama ini dapat dilihat:-
1) Akibat panas baran, Mohsin perlu membayar ganti rugi kepada Budin
2) Akibat baran, Budi telah mati
3) Akibat lawammah, Pak Mail dituduh membunuh Budin dengan tidak sengaja. 


Drama ini menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua...

Comments


Popular posts from this blog

La Ikro Ha Fiddin

KOREA NO.1 SHAMPOO BRAND (DAENG GI MEO RI)