La Ikro Ha Fiddin




La Ikro ha Fiddin dalam bahasa arab  membawa maksud, di petik daripada Al Quran ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud  “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut (perkara yang melampaui batas) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Drama tersebut telah ditayangkan di Astro Prima, pada hari Ahad, 16 Januari 2011 jam 10 malam. Sebenarnya, dah lama nak tulis pasal cerita nie..tapi baru hari berkesempatan. Drama nie memang menyayat hati.. Suka sangat.. Bukan sekadar cerita tangkap muat..drama yang penuh dengan pengajaran dan peringatan..
Sinopsis penuh hajar dapat daripada rohaizamahmod.com
*Drama yang mengisahkan seorang doktor bukan Muslim bernama Doktor Edward yang telah merantau ke seluruh pelusuk nusantara termasuk Indonesia sehingga kembali ke tanahair dan minta dihantar bertugas di sebuah kawasan desa iaitu Paloh Hinai. Disana dia bertemu dengan Nurlisa iaitu seorang graduan dari Universiti Al – Azhar, Mesir yang mengajar agama kepada kanak-kanak di kampung itu dan menyambung perniagaan arwah ibunya di kilang batik.

Sharifah Amani sebagai Nurlisa
dan
Zach sebagai Dr Edward
Pertemuan yang tak diduga di sebuah jambatan tatkala Nurlisa sedang sibuk memanggil muridnya yang ponteng kelas agamanya. Doktor Edward yang selalu bersama dengan kamera kesayangannya, sempat merakam gambar Nurlisa. Bermulanya, persahabatan baik antara mereka apabila Doktor Edward kerap berulang alik ke tempat Nurlisa bekerja. Akhirnya, timbul bibit2 cinta antara mereka berdua tetapi Nurlisa menarik diri dari meneruskan perhubungan ini kerana beliau tidak mahu menghampakan Dr Edward kerana sedarnya hayatnya tidak panjang dek kerana penyakit barah hati yang dihidapinya.
Dr Edward pula berhadapan dengan pelbagai patient di desa itu tetapi 3 orang patient yang sangat menyentuh hatinya ialah seorang madam berbangsa Cina ( lakonan Louisa Chong), seorang abang berbangsa India bernama Doraisamy serta Nurlisa sendiri ( beliau baru mengetahui akan penyakit Nurlisa kerana ayahnya yang membocorkan penyakit Nurlisa kepada doktor muda itu). Ketiga -tiga mereka menghidap penyakit buah pinggang, buta mata serta kanser hati.
Hati Dr Edward telah terbuka untuk menerima Islam dan beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan kerelaan hatinya tanpa diketahui keluarganya. Rahsianya telah memeluk Islam hanya disampaikan kepada seorang Sister. Serentak dengan itu, beliau telah memberi wasiat berupa 3 pucuk surat kepada Sisternya itu. Syaratnya adalah surat itu hanya boleh dibuka apabila berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku padanya ( termasuklah kematian).
Susan Lankaster sebagai Sister Maria
Suatu hari, Dr Edward telah pergi ke suatu tempat di kampung itu. Disitu beliau telah dibunuh oleh Samiri ( lakonan Fauzi Nawawi) dengan menolaknya jatuh ke gaung. Mayatnya dijumpai dan Sisternya yang mengetahui akan kematian Dr Edward telah membuka surat wasiat itu..
Disini, aku masih tidak dapat mengagak akan endingnya. Walau bagaimanapun, endingnya amat menyayat hati apabila beliau telah menderma matanya ( kepada si Doraisamy tadi), buah pinggangnya ( kepada si madam berbangsa Cina tadi) serta hatinya ( kepada Nurlisa ).

Kisah percintaan yang mendalam maksudnya. Membuat kita terfikir sejenak betapa besar pengorbanan Dr Edward dengan melahirkan empati terhadap orang yang telah menyentuh jiwanya. Perbuatan mendermakan organ kepada mereka yang memerlukan tidak ternilai harganya. Ini yang membuatkan drama ini sungguh istimewa. Ending yang tidak terduga oleh sesiapa jua.. 


sekian..

Comments


Popular posts from this blog

LAWAMMAH (BARAN)

KOREA NO.1 SHAMPOO BRAND (DAENG GI MEO RI)