Friday, January 7, 2011

"Saya ingin Menonton Filem Faster!".

Filem aksi ini mengisahkan tentang Driver lakonan Dwayne Johnson, yang telah dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun..Setelah keluar dari penjara, Driver nekad untuk membalas dendam di atas kematian saudaranya dalam satu rompakan bank yang telah gagal sehingga menyebabkan dia dipenjara. Sekarang, pada hari pembebasannya, dia berkeras menuai dendam kepada empat orang yang bertanggung jawab atas pembunuhan saudaranya. Dengan senarai nama dan alamat di tangan, dia terarah kepada misi yang hendak dijalankannya. 

Walaubagaimanapun, Driver mendapat halangan daripada dua orang yang memburunya iaitu Cop (Billy Bob Thornton), seorang polis veteran yang akan bersara, dan Killer (Oliver Jackson-Cohen), seorang pembunuh upahan egosentris muda dengan bakat seni membunuh.

 Maka, bermulalah kisah misteri Driver berdasarkan maklumat dan bukti-bukti yang berkaitan dengan kematian saudaranya. Dengan saling membunuh, Driver mendapati dirinya berhadapan dengan Cop atau Killer dan mengelak mereka setiap masa. Keadaan ini menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap dan hidupnya berada dalam bahaya.................."

faster-banner-small.jpg (155×219)

0 comment:

 
Blog Template by Delicious Design Studio