Tuesday, December 28, 2010

~Memoir with CiK Comel~

Inilah kenangan yang tinggal buat kali terakhir bersama kak comel..kenapa aku cakap mcm tu ek? Mestilah, cz kak comel nak resign...masuk hari nie dah 2 hari kak comel tak ada kat opis(tak masuk sabtu, ahad & Ph..ekeke). so, sunyi gak la opis nie.biasa suara dia yang ruih pepagi buta.. so, ni la kenangan aku ngan umi bersama kak comel. Makan2 kat secret recipe.. tonton wayang citer Narnia(gambar tengok wayang tak ada la pulakss....) so, ini la last moment we all sit together & makan2...lepas nie, tak tau la dapat jumpe laie ke tak..sob,sob, sob...oh, pulau..nantikan aku di sana..(eh, termelencong pulaks..)so, layan..
.muke kebulur & kekenyangan
yummy....eating time..mesranye..ah..
excited kak comel tengok makanan..hheeh
last time together2 @ Secret Recipe 
~THE END~

Thursday, November 18, 2010

Ku Redha dengan Ketentuan-Mu

Hurm, entah la hidupku rasa tak berapa nak bahagia kebelakangan ini.. Macam2 perkara dan gangguan yang melanda benakku ini.. terasa terasing, terasa disakiti, terasa mementingkan diri, terasa sedih, terasa marah dan macam2 lagi. Hidupku bagaikan tidak keruan.. Mindaku rasa macam tak 'stable'.. Entahla.. kehidupan di tempat kerja sedikit dingin kurasakan....tersangat2. rasa macam nak berhenti kerja aje..tetapi memandangkan aku perlu menampung kos hidup yang tinggi dengan pelbagai komitmen yang menyemak fikiran, memaksaku untuk terus berasa di sini.. Bahagia ker aku? Mula2 aku masuk kerja di sini, aku rasa sangat bosan...tetapi 3bulan lebih aku rasa seronok sekali...tetapi lama-kelamaan setelah menjangkau lebih 6bulan..setelah tingkah laku staff2 amat meluatkan aku...aku rasa sungguh fed-up sekali.. aku tak tahu dengan siapa nak aku luahkan pelbagai rasa yang mencengkam akal fikir. Maka, terus aku ambil keputusan untuk meluahkan sahaja amarahku ini, dendamku, sedihku, sepiku di ruangan blog tercinta ini.. Sedih apabila ku lihat perangai yang pelik2, membuatkan aku jelik. Dan seterusnya memaksa diriku untuk membuat keputusan BERDIAM DIRI, mulut ku katup seerat mungkin.. Namun, gelak sinis ku kekadang memecah ruangan ofis.. nak buat macamana.. memang tabiatku... ketawa... jika ada geng ketawa, memang riuh ofis ini aku buat.. Kehadiranku hanya untuk menambahkan keceriaan sahaja tidak lebih dari itu..bukanlah niat ku untuk merosakkan hidup orang lain.. Keadaan ini ditambah pula dengan sikap bos kecik n bos besar yang berubah2 angin disebabkan stress sangat dengan kerja mereka yang bertimbun2 banyaknya.. Kerja ku disini tidak la banyak.. Paling banyak kerja2 untuk contract admin depart..memang tak terbuat.. kalau ku buat, aku akan bertapa di dalam bilik filing..tak keluar2 dah...mungkin dalam bulan Disember @ Januari..aku akan start bertapa.. tak tertahan hati melihat perangai manusia yang bermacam2 ragam. kekadang mau ku lari dari semua masalah ini.. tapi ke mana harus ku lari?????????? mungkin ke pulau jalan yang terbaik kan? Memang aku belajar komunikasi, aku belajat gelagat manusia dalam organisasi..memang aku ada belajar..tetapi aku manusia biasa..punya hati dan perasaan..bila ada orang yang tak reti bahasa tentunya aku marah..bila ada orang yang sakitkan hati aku tentunya aku sedih..selalu juga aku fikirkan "Alangkah Bagus Jika Hati Aku Sekeras Batu"...tidak mudah patah semangat, tak makan maki hamun, tak "lut" dek serangan kata-kata pedas...Alangkah...Alangkah... Buat masa sekarang hanya ada seorang insan yang sudi menemani taat sukar dan duka..hanya seorang..itu pun aku tidak pasti..tidak pasti akan dirinya..tidak pasti akan diriku juga... Ya Allah, kau tabahkan hati ku dalam menempuh dugaan Mu yang sungguh menguji tahap keimananku.. Engkaulah sahaja yang Maha Mendengar & Melihat Setiap Kejadian dalam Perjalanan Hidupku.. Sesungguhnya Aku Berserah.........

Friday, October 15, 2010

Secebis Ucapan...


alhamdulillah...segalanyer berjalan dengan lancar dan terurus.. Dengan bantuan rakan-rakan dan hubby serta usaha keras dari ku membuahkan hasil..thanks to Allah n my lovely fren..u are always with me in happy time and hard time..thanks to you all...nama-nama mereka biarlah menjadi rahsia antara kami. Semoga dengan pertolongan hamba semua dirahmati Allah..Amin



Monday, August 9, 2010

BARCODE STICKER PUNYER HAL...


wah, ketensenan melanda di pagi yang hening ini..aduh, adeh, aduis..sakit jantung i ni..ngape la si L tu begitu..setelah sekian lama aku n kak anne suh L request barcode baru untuk ditampal pada kotak recall yang mana kotak2 recall ini perlu dihantar kepada pihak berkenaan kerana dokumen yang ada di dalamnya tidak diperlukan lagi atau dalam kata lain perlu di'DISPOSED'.maka, kotak2 yang menyemak n menyempitkan ruang di dalam bilik filing perlu dikeluarkan dengan kadar segera supaya kerja memfiling berjalan dengan lebih lancar dan sistematik.aku ingat L faham apa yang dikatakan oleh aku dan kak anne.yang mana penerangan kami terhadapnya cukup jelas bagi ku. L bertanya kepada kak anne "Berapa kotak

Friday, August 6, 2010

CHAKRI PALACE ROYAL THAI CUISINE

hahhaha..first time in my life i dapat makan kat tempat mahal dan disupport.hehehe.cube teka???..mahal nie...restaurant yang menyajikan makanan yang sungguh enak, lazat, berkualiti, cukupppppppppp rasaaaaaaaaa....hehhe.. kali ni kami wanita sejati keluar secara berkumpulan beramai2 ke
CHAKRI PALACE, ROYAL THAI CUISINE
 @ level 4, suria KLCC




MENU
SAWADIKAP...KAP KUNG KAP..ekkek

yang mana turut serta ambo, mek fiza, mek dora, mek comel, mek angel,mek angelina, mek ina, mek baya, n mek tini.. Meja full dengan makanan.. we all gi masa lunch time..hape lagi, dema bagi nasi la..bertambah2 ambo makan nasi.sampai tak cukup..disebabkan segan nak mintak ngan waiter tu, ambo rembat mek comel nyer nasi yang tak berusik..hehe..giler punyer lapar ambo..bukan lapar sangat pun..cume tak tahan tengok lauk yang best2 tu..

kuhkihkih..mek comel makan tak berenti2..ambo yang takut tengok..masing2 perut dah macam mengandung 9 bulan..ekeke..cam buaya tersadai di pinggir kali.ekekekek...ambo nak u ols just tengok dan hayati ini makanan..jgan terliur sudah..hehehhe..
MUKE2 TAK SABAR MENANTI MAKANAN..hehe
BORAK DULU SEMENTARA MENANTI MAKANAN

NASI PANAS..
<>
MAKAN JANGAN TAK MAKAN

DESSERT

ULAM
DESSERT FOR COMEL

PINK GUAVA & SOURSOP
IKAN GORENG
KERABU MANGGA &DAUN KADUK
ITIK MASAK KICAP
TELUR DADAR
yang ni sedap..IKAN GORENG MASAK CILI
KARI AYAM
SOTONG GORENG BERSALUT TEPUNG
KERABU MANGGA
AIR KELAPA.ekkeke


TOMYAM SEAFOOD



pose sat..ekeke



MUKE KEKENYANGAN..hehehe

Friday, July 9, 2010

DEADLINE ASSIGNMENT....ARGHHHHHH!!!!!

Aiseh men..lagi beberapa ari jew nak dekat last meeting @ tutorial untuk semester 6 pada tahun 2010 nie..macam tak caya..aku rasa baru jew aku daftar masuk awal tahun..kejapnyer nak abis belajar.<--more--> Macam biasa, makin cepat belajar..makin susah lak subjeknyer..Subjek yang paling "tough" bagi aku untuk semester kali ni ialah KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM KOMUNIKASI..tinggal subjek nie je yang aku tak wat lagi assignmentnyer for individual n grouping..Susah siot..kepala aku dah sakit.tak leh nak pk.. Malam nie terpaksa la aku berhempas pulas siapkan. Sok, kena jumpe member kat library pepagi subuh...hopefully leh bincang for last time to make it done ontime..arghhh..im so tensen..hopefully leh score subjek nie..

Friday, June 25, 2010

MACAM2 KEHIDUPAN AKU HARI INI...

Aku nak citer perkara yg berlaku dalam hidup aku pada hari ini..hari Jumaat

Kisah bermula pada awal pagi..kisahnya, aku ngan kak comel nak gi bkfst kat pantry setelah sekumpulan 'vavi' keluar dari pantry tersebut..tetapi apa kan daya, belum pun sempat aku buat air milo..eh, mereka ini datang balik..macam biasa tabiat lelaki yang tak boleh control..SMOKING..aku memang pantang orang isap 'ganja' nie.even my hubby pun xsmoking.. abis tu, aku pun ckap la dengan nada yang cukup lemah lembut terhadap mereka ini supaya membenarkan kami bkfst jap pagi tu.. Aduh mak, beb..dorang leh xlayan..yang tak tahan tu,masing2 buat pekak.. ketua si 'vavi' ni plak makin galak menghembuskan udara tidak segar tersebut dengan lagaknyer sambil menyelak2 newspaper Star.. setakat selak tapi tak baca isi kandungannye, baik xpayah cik abang oiii... disebabkan teguran aku tu berterbangan bersama asap2 tersebut, maka aku ngan kak comel pun angkat kaki keluar dari daerah itu.

Tak lama,setelah beberapa minit aku mulakan sarapan pagi dengan WHitE LoAf drp Roti Boy bersama air milo ku untuk kekal cergas..aku disape oleh rakan setugas,satu department..kak baya. Macam yg korang tau, kontrak aku ngan KLCC akan disambung lagi..so, kak baya nie menyapa aku dgn ramahnye..dia kata "seronok la aja,kontrak sambung 1 tahun".aku balas dengan selambanyer "biasa aje,alhamdulillah'..nak tau dia reply ape..ha, part ni korang kena dengar betul2. Kak Baya kata "Rezeki kan, Tuhan yang bagi. tapi walaupun Tuhan yang bagi, semuanya bergantung pada orang jugak sama ada peluang itu ada atau tidak''. Pergh..aku tergamam sekejap mendengar ayat tersebut keluar daripada mulut dia. Aku pun mengiakan saje apa yang dikatakan..malas nak layan.. apa pendapat korang bila dengar ayat tersebut? Mesti korang pun terkejut kan? aku terus la ngadu kat kakak kesayangan aku..kak fiza sama sefahaman dengan aku"seolah-olah kakbaya menidakkan ketentuan Tuhan" manakala kak comel berpendapat "cara ayat tersebut diluahkan,seolah2 kak baya nak aku ucapkan terima kasih kat dia sbb konon dengan jasa baik dia, kontrak aku sambung''..ada betul gak apa yang dikatakan oleh kak comel.. aku just nak share jew ngan korang..bukan la aku nak judge orang sesuke ati.tapi aku xdapat terima dengan kenyataan itu. rasa cam tersentap. iyela, dia pegang jawatan Executive. aku ni sape..kuli batak jew ..Makanyer, aku nak korang sume amik pengajaran..bahawasanya, aku yang kita cakap kita kenalah tilik dulu diri kita..kita ni berada di bumi Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa..kadang kita di atas,kadang kita di bawah..so,kita ni sama aje di sisi Allah..tak kemana pun klu berlagak semata..itu je la aku nak share pasal sikap akak tu..

So, xlama lepas tu aku diminta oleh kak comel utk menemaninya utk menghadiri interview di sebuah company yang terletak dkt ngan sunway international school..perjalanan tak mengambil masa yang lama.cube tang nak interview tu je ade masalah.. lama siot kitorang tunggu..kak comel dah resah gelisah cz tepon berdering xberenti. last2 dia silent je phone tu..hahaha..ko paham2 je kak comel tu..hati dia xpenah aman dek asyik kena ganggu dengan si 'vavi' tu..sbb tu dia berhajat utk tukar company..dah abis je interbiu,kitorang trus cabut.disebabkan perut dah nyanyi lagi Black Metal, kitorang pun cari la makanan. kebetulan ade jual kat stadium bukit jalil tu.. mak cik gerai tu jual keropok lekor, nuget, pisang goreng, wantan goreng, fishball n etc..aku tak paham ngan makcik gerai tu..orang cakap ngan dia macam cakap ngn tiang.. kebetulan waktu yang sama aku membeli belah tu,datang la seorang wanita nak bli makanan..dia pun bertanya"ni kira camner?''eh,makcik gerai pun wat pekak badak la..cian la aku tgk orang tu..aku pun jawab la bagi pihak si penjual "3pc 1 ringgit,kak"..lepas tu orang tu tanya lagi.."yang ni dik?"..aku pun jawab balik"sama kak".. cube korang lihat situasi tersebut.. apa dah jadi ngan peniaga melayu zaman sekarang nie? nak untung,tapi service macam cibai. Susah2, bagi jew aku ganti tempat makcik tu berniaga..memang xpatut...hmm,lepas dah blah dari bukit jalil, kitorang menuju ke lrt kelana jaya utk ke opis balik..tetibe aku nampak BURGER KING masjid jamek..dan,dan tu aku teringin nak makan BK CHICKEN TENDER. kebetulan lak ade set tu,murah lak tu RM4 lebih..ala,macam set JIMAT KFC tu la..aku bli untuk aku satu..utk kak comel aku belanja dia BK SPICY n CRISP..tapi dah lewat sgt,kitorng belasah makanan tu kat opis je..

dah masuk opis tu,masing2 wat keje masing2..aku pun buatlah kerja dengan penuh tekunnye..hehheh..punya la tekun,kejap je masa tu dah pukul 5pm. so, aku ngan kak comel nak blah la..tapi before tu, kitorang nak gi usha baju kat AMPANG PARK..baju murah2 jew..macam2 branded..aku ngan kak comel masing2 borong sampai 3 helai..hahaah...almaklumlah, baru dapat gaji.hehehhe..tapi, masa nak meninggalkan opis tu, korang nak tau ape yg terjadi kat aku???????????? jeng,jeng,jeng!!!! citernyew, aku singgah pantry untuk top up air masak dalam botol air..aku pun ngangalah pintu pantry tu besau2..taklama tu aku dengar tapak kaki orang masuk kat belakang aku..aku pun ngat kan KAK COMEL..aku pun cakap la "SEMERBAKNYER KAN"..tetibe, ade suara lagi tegur aku dengan nada yang tinggi, "APA KO CAKAP?????" Eh,macam kenal je suara tu..pergh,sekali aku toleh.bos aku EN. ZUL(senior manager)..dia sound la aku..suka ati ajer mulut tu..lain kali "CAKAP SIANG2, PANDANG-PANDANG.,"..Pergh,,aku tergamam..sempat la aku SAY SORRY, SAYA INGAT..mati sampai situ je kata2 aku..kebetulan ain ade depan pintu pantry tu dkt workstation..dia pun terkejut..Korang nak tau kenapa dia terasa? sebab masa aku toleh tu aku nampak dia letak kotak rokok kat atas meja.konon dia nak smoking la jap sebab tensen ngan keje.bile dengar aku sebut perkataan semerbak tu,terus dia terasa ati.dia angkat balik kotak rokok masuk poket n trus cabut sambil membebel sekuat ati kat dalam opis tu..nasib baik,ramai yang dh balik..malu gak la kau..terus aku jadi macam budak bodo jew..bukan ape,,TERKEJUT + TERPANA + TERSENTAP..Amik ko macam2 perasaan yang menimpa lubuk ati n jantung aku..ain pulak leh kata"ABIS LA KO AJA LEPAS NIE.."sampai saat aku tulis entry ni, suara dia msih terngiang2 kat cuping telinga aku nie..masak la aku lepas ni, ntah2 kontrak aku terus ditamatkan..aku berserah jew kat Tuhan. Redha je la kan...hmmm..
















Wednesday, June 23, 2010

BEB..KONTRAK SAMBUNG LAGI..yeah!


Ari nie, hati sungguh girang xterkata..bukannya apa, aku memang tak terduga..korang pun tau kan yang aku temporary clerk jew kat klcc tu..aku memang tak jangka depa akan sambung contract aku..aku dah berangan2 nak cari je keje kat tempat lain lepas abis kontrak 3 bulan kat klcc. bukan ape, kita kena ade backup plan. at least kalau kena tendang pun takde tertekan sangat. tapi,tak sangka mak, kak angelina n rakan2 beria2 nak mak sambung keje kat situ.. Before this, i just cover Contract Admin Department (CMD) kan.. la nie, bila sambung kontrak, i kena cover the whole department kat urus harta tu. Berat tugas tu kan? Banyak beb.. kertas bertimbun2.. filing jgn katala..poning klu u all tgk.. yang bestnye kan, kontrak bukan setakat sambung 3 bulan lagi..setahun kalau boleh..ha, dahsyat tu..I'm so surprise la ngan bos tu.. Bos tu lain department..tapi dia memang baik gileerrr.memahami lagi.. xrugi la keje ngan dia.. hopefully aku kekal la keje kat klcc urusharta tu..bukan ape, skrang susah nak cari keje. harap2 aku tahan la ngan si 'vavi2' tu.macam yg kak comel cakap..aku pun kadang terkena tempiasnya..jangan dema sume kacau hidup aku susah..kang terkeluar ayat "THIS IS MY LIFE. NO BODY CAN DESTROY MY LIFE. MY LIFE IS MY OWN.." hahhahaaha...dats my trademark no..

Wednesday, June 16, 2010

ASAP TEBAL MELANDA PANTRY P1.....huhu


Pagi tadi sekitar jam 9.00pagi, perut aku jadi lapar plak..al-maklumlah kakak aku "Comel" tak ade selama 5 hari ini cz dia ade pertandingan badminton kat Country Height, Kajang untuk karnival sukan Petronas. Maka dengan itu,takde la geng aku nak gi breakfast. Kebetulan, aku ade simpan roti paratha "Crunchy Chocolate" yang aku beli kat HOt & ROll,Cold Storage. Sedap gilerr..murah plak tu. Kak FiZa lah yang ajar aku makan makanan tu. terus melekat. aku dengan rasa senang ati, nak gi la makan roti paratha tu. Tapi kenalah panaskan dulu..makan panas2, baru sedap.. macam biasa, kak fiza ajak aku gi buat air kat pantry. aku pun bawak sekali roti paratha tu untuk reheat kat dalam oven. disebabkan terlampau canggih sangat oven tu, aku pun mintaklah kak fiza untuk tolong. aku letak makanan tu kat dalam TuPpErWare. aku cakap ngan kak fiza supaya set dahulu timenyer..kak fiza cakap xpayah.biasa 1minit je. COnpiden tul kak fiza. Tengah2 aku syok2 dok kacau air teh,tetibe aku ade terbau roti paratha tu. aku jadi hairan. kenapa plak roti ni bau sedap sangat. tak lama aku dalam kehairanan tu, ade nampak asap berkepul2 keluar dari oven tu.aku pun menjerit la kat kak fiza tanya kenapa. .kelam kabut kami. cepat2 aku keluarkan roti tu.nampak macam leh makan lagi..tapi kembung semacam plak..aku pun dok perati roti tu baik2..tengah aku belek2, rupenyer buntut TuppErWare tu dah TERBAKAR..HAH, ROTI AKU!!!!!!...aku pun buang la dengan perasaan yang berat sekali.tak bleh blah.. Kitorang dah terkekek2 gelak menahan perasaan.. asap plak tebal..bau semerbak sampai ke luar pantry.. Kitorang keluar jer dari bilik pantry..budak2 lelaki dah dapat tangkap dah bau tersebut. Mana taknyer, bau hangit tu dah melekat kat baju kami berdua.. yang kak dora dok tanya kenapa,kenapa..kitorang xleh nak citer,gelak tak henti2..aku sampai terbatuk2..hah, ape lagi kecoh la pagi tersebut..budak2 lelaki yang nak gi smoking terus tak jadi masuk..sampai ke petang nie, aku ngan kak fiza asyik diketawakan.. setepek dorang perli "Wei, roti ko dah terbakar"....aku senyum simpul menahan malu...kihkihkihkikkihkhihikihk... Kak Fiza lak leh wat lawak.dia kata " Dah macam buat kuih raya, sampai meletup microwave tu".hahahaha...pengalaman yang xleh aku lupe..malu siotttttt.... Nasib baik la pagi tu, kak dora ade bli karipap sardin banyak..so dia offer aku..sampai 2ketul aku bantai..lapar gileerrr beb..hahahha...KAK Fiza, Kak fiza....hehheheehe

Thursday, June 10, 2010

Hari Paling Best..

Kisahnya.. Pagi ini aku terlewat bangun tido..biasala kalau jam berbunyi, asyik snooze memanjang..kul 6.30am baru aku tersedar..apa lagi kelam kabut la bersiap gi kerja. cam biasa la, kak fiza menjalankan tugas rutin yang baru..mekaseh akak.. Peace No War.. Aku pun pergi la kerja dengan hati yang girang walaupun lambat. Pepatah ada mengatakan "BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT"..hehehe.. Malangnyer, semasa di dalam train dekat setiawangsa aku rasa. Tetibe plak ada la sorang minah ni menyelitkan kat bahu aku..aku saje dok dekat pintu train. Bukan ape,sonang den nak turun. Minah ni baru naik tren.dia nak carila tempat berpaut.terkena lak tang aku..aku pun bagi la dia pegang tempatpemegang yang getah tu.aku pun pegang batang besi..eh,xlama tu dia amik kesempatan lak.dia sangkut SIKU KAT ATAS BAHU AKU..wah, bukan main senang ati dia.siap leh wat muka tak bersalah..aku memang bengang..siap dah berasap2 kepala aku ni..huhuu..bagi signal sume tak jalan..tak paham aku..agak2 la, aku dah bagi can jangan la lobih2.. aku berdoa je dalam ati supaya copat sampai. Sampai je kat destinasi aku terus tolak minah tu..hahahaah..padan muka dia rasakan.tak padan ngan kecik..puas gilerr rasa ati..

Abis kisah kat train, bermula la kisah di ofis..dah la datang lambat tetibe plak kak dora ajak aku teman dia bli kuih utk meeting.. aku pun laju la keluar..terserempak plak ngan kak comel yang turut lewat gak pada ari ni. dia pun join skali gi bli kuih..aku ngan kak comel siap bli KFC A.M lagi untuk bkfst pagi ni..ni ha, ade belen lagi..hahahaha..tak lama lepas tu nak dokat kul 10 lobih aku rasa. kak comel aku ajak gi teman dia wat keje"SAFETY WORK"..dia nak naik tingkat 45 & 40, buat inspection.aku dengar je trus nak ikut..aku pun ikut la.. aku ngat dia sorang,rupenyer ramai..ramai budak lelaki..pakcik2 skali..aku pun ngan rasa malunyer terpaksa ikut.dah sampai kan,takkan la aku nak turun.. so, bila ikut dema tu, baru la aku tau macamana dorang wat keje..check sana,check sini, check lampu, check server,etc..layan..best gak la..otak2 mika2 pun gilerrr..layan.. saat yang aku tuinggu..sebelum masuk balik opis.aku ngan kak comel singgah sebentar di SKY BRIGDE. wah, untuk kali kedua aku naik sky bridge..best sangat.. ni antara gambar yang dapat amik..sukkeeeeeeeeeeeeeee sangaaaaaaaaaat.. heheheheh


kat tingkat 40..

SKYBRIDGE TWIN TOWER


nice shot by kak comel..i like!


tengah melayan perasaan..memikirkan masa depan ker nyah oi?



cantiknya...cantik kan? memang cantik..Cantik tul bangunan kat belakang tu..hehehe..



Cuci-cuci Services..wa tgk live beb..



Posing sat..



terpegun sebentar melihat keindahan kota...cantiknya..



wallah wei.. :)

Thursday, May 27, 2010

~Kenangan terindah di Courts~


kenangan..windu kat u all..



Jejaka courts.sesi berbuka pose..



Uncle Jaya,guard kat courts selayang. lama gak la dia berkhidmat kat situ. aku selalu gak citer masalah kerja ngan dia..dia baik tp yang tak tahan dia ni perkauman sikit.paham2 je la bile dia mengamuk..sume kuar.caci maki sume terpacul dari mulut dia..iskh..tak sedap dengar..peace uncle!



me n shakira..shakira ni pandai buat theme untuk phone.tepon nokia E71 aku dulu,siap ade theme yang direka khas untuk aku beb..terror dia ni..



rosma & sabrina..Rosma yang pakai tudung itam tu..dia ni kasar sket..brutal.bawak keta mcm nak race kat litar..hahaaha



me n nadirah..dulu, mula2aku masuk sales department, dira la yang banyak bagi tunjuk ajar & pendengar setia aku.memang close la..dh kawin pun minah ni..



gambar kenangan hari anugerah pekerja cemerlang bersama bos lama..yang mcm tomboi tu..opss! dia garang beb tp baik ati..aku mmg takut gilerr ngan dia..bila dia marah, muka dia merah menyala beb.huhuh



kenangan..sume dh resign termasuk aku.hikhik.tinggal kak ina n arif je(dari kanan)..


@#$%SEKIAN...
 
Blog Template by Delicious Design Studio