Thursday, December 9, 2010

Perkahwinan Ala Taman

Musim cuti sekolah ni tak sunyi tanpa kemeriahan kenduri kendara khususnya kenduri kahwin. Baru-baru ni, rakan sekerja telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan idaman iaitu Dewi.. Majlis perkahwinan tersebut tak la jauh dari rumahku..cuma kalau naik kereta cepat la sikit berbanding jalan kaki..mau 1jam baru sampai.. So, hari ahad bersamaan dengan 04 Disember 2010 merupakan hari yang dinantikan oleh ku.. Bukan apa, rakan aku yang bernama nazrul ni merupakan pekerja yang tidak ada kena mengena dengan diriku. Hal ini kerana dia bertugas dengan bahagian MEP. aku hanyalah tukang uruskan payment sahaja. dan orang yang bertindak untuk mengambil p.o tersebut dari tanganku ialah Mr. Nazrul. Dan makin terharu aku bila dia sendiri yang menjemputku hadir pada perkahwinannya dengan memberikan aku kad kahwinnya.. Kad dia memang lawa.terpampang wajah dia n bakal suri hidupnya.  Sememangnya, aku amat teringin untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Dan aku bersama kak comel tetap datang untuk memeriahkan lagi majlis yang sekali seumur hidup ini. Petang tersebut kami datang agak lewat kira-kira jam 3.30 petang. disebabkan jalan sesak sana sini al-maklumlah kak comel datang jauh dari bukit jalil..aku faham benar kepayahan dia menempuh jalan raya yang sesak bukan main. kemunculan kami disambut sendiri oleh kedua-dua pengantin.makin terharu aku melihatnya. Sebaik sampai, aku ingatkan majlis dah habis..tetapi sangkaan ku jauh meleset.ini kerana, masih ramai la kunjungan yang hadir.. mungkin jemputannya ramai dan disebabkan itu, majlis diextend sampai pukul 5pm..So, majlis ini ku kira agak GLAM jugak la..Kira tak rugi kami pergi. Makanan yang disediakan masih banyak dan yang penting very DELICiOuS.. Souvenir pun puas ati, dapat mug bunga2..besar lagi.. Dapat bergambar dengan pengantin lagi.. Serius, perkahwinan yang ala taman ini diserikan dengan lagu romantik berbahasa English..kami yang mendengarnya, terasa amat romantik sekali..Pelamin yang dihias cantik menyerikan lagi pengantin dengan baju ber'colour' kelabu yang semakin mendapat tempat di kalangan bakal pengantin masa kini.. Hati ku terusik, terasa syahdu, sungguh terpesona..
ini antara the best shot semasa kami di sana.. check it out!
Cantik tak ? Konsep taman..i like..

nak jugak bergambar ngan pengantin.. bukti tu.. :p

di depan pintu gerbang..ambil berkat.. :)

Kak Comel- pose sat kak..

Me n kak comel..snap b4 leaving la

Nak balik dah...


Sekian...

2 comment:

Ezza Z said...

hajar,awk nampak lagi outstanding dari pengantin.
:)

Ct_hAjAr said...

eceh..iyer ker..malu i..hehe..thanks lorr...

 
Blog Template by Delicious Design Studio