Friday, November 19, 2010

Argh...BoSannyer.............



Hari ini hari Jumaat..hari ini juga merupakan hari cuti bagi kak dora..Ini kerana kak dora ada hal2 emergency yang tak dapat dielakkan. Maka, aku yang menjalankan rutin harian ku dengan bekerja pada hari ini terasa sangat....sangat... sangat... bosan...Bosan sesangat.. Sangat bosan....Betapa bosan n boring tahap gaban aku nie.. Nak naik meroyan aku...takde teman nak bercakap..So, terpaksalah aku bercakap sengsorang dengan pc nie.. Pagi tadi aku dok melayan perasan depan pc..Tengah hari tadi waktu rehat aku buat benda yang sama gak. Dah la masa rehat kemain panjang ari nie.. aku pun gi la hiburkan hati jengjalan kat cinema, usha movie baru.kot2 la ada..tak ada beb..kebanyakkan sume aku dah tengok..yang tinggal Harry Porter..tapi my hubby tak minat movie Harry Porter tue.Abis yang aku nie yang boringnyer terpaksalah ikutkan katanya.. lepas dah merayap sengsorang, aku gi lepak kat Ladies..hehehhe..masuk2 opis je dah pukul 2pm. dah tibe separuh hari untuk menghabiskan kerja. sempat la aku borak kosong yang kak fiza sekadar bertegur sapa.. Macam yang aku citer, aku sekarang ini telah memulakan operasi "Zip Your Mouth". Aku baca horoskop pagi tadi..berbunyi " Hide out today -- there's some weird business afoot. Fortunately, it's easy to hide in plain sight, as long as you keep your head down and your mouth shut. Things can get better!"...ha,begitulah bunyinyer..aku taklah percaya sangat dengan horoskop nie..Karut. mungkin sekadar kebetulan..Betul tak? So, dari tadi aku asyik nampak kak comel berborak ngn kak fiza. Jealous gak la aku tengok..tapi aku tak nak la campur..mulut aku nie bukan la jenis lemah lembut bila berbicara.. Kasar n kuang ajor ada lah..dan kadang kala dengan tak sengaja ter'sakitkan' hati orang.. macam falsafah mengatakan "Lidah Manusia Lebih Tajam Dari Mata Pisau". So, aku ambil ikhtibar dari kata-kata tersebut. Tapi yang menjadi masalah sangat ini ialah aku takleh berenggang ngan pc nie..buat kerja takpe..ni ha, aku asyik bukak internet..aku memang suka mengadap pc satu hari sambil surf tenet, upload gambar, edit sana-edit sini, usha blog orang, tinggal jejak, komen entry dorang...memang aku suke. tapi yang jadi problem besar sekarang ini ialah bos gue, Mr Zul asyik dok ke hulu ke hilir dari tadi..aku tak pasti ke mana beliau pergi. mungkin meeting, kadang singgah pantry..lepas tu masuk bilik dia,lepas tu..aku dah tak tau..yang pasti hari ini sahaja hampir lebih kurang 10kali dema dok jengjalan ulang alik..bos den yang second tu pun asyik usha gue jew..abis nak wat camno la kan..meja aku dah clear daripada dokumen2..kalau ade tu nun jauh di bilik stor n bilik filing..kemain malas aku nak menapak ke sana n menghadap segala habuk dan debu..so, baru sat tadi kak comel sangkut kat printer. Dia ada print something..aku yang kebetulan ada di tempat terus sahaja disapanya.. Maka berboraklah kami seperti biasa.. Dia pun menerangkan lah betapa terasanya dia akan kata-kata ku terhadap dirinya baru-baru ini.. itulah sebabnya dia boikot ngan aku, aku pun lebih kurang jo.. dan aktiviti petang tadi, kami beramai2 pergi ke surau, usha baju baru yang dibawa oleh kak ina. Baju lawa2..tapi saiznya bukan saizku..tapi aku ada berkenan satu baju hijau gelap..muat2 ngan badan aku kan..tapi kak ina belum tahu harga lagi..terjebak la aku gamaknya..hehehe..so, nak dijadikan cerita si comel pun bercerita lah kepadaku betapa dirinya dan rakan-rakan MEP yang lain begitu dan amat bosan pada hari nie..smp kak comel sempat mengajakku menghabiskan masa dengan meluncur ski...dia belanja katanya...hahahahahahhaa...betapa, amat dan sangat sesangat bosannya smp facebook pun tak "terhadap" lagi...kesian dia.. sama la dengan aku nie ha.. bosan aku sangat bosan....so friendship gue bersamanya berjalan seperti dahulu kala...ekekeke..jgn amik ati dengan omongan gue ini ya kak comel..maaf andai coretan ini mengganggumu...saje..sebab DAH BORING SANGAT NIE...sekarang jam dinding menunjukkan pukul 4.40pm..15 minit lagi je nak balik..sukanya hati ku ini... my hubby dah menunggu di perkarangan klcc..ntah kemana arah dia merayap..so, ada kemungkinan gue ada chance tengok harry porter..hehehe...actually, i pun tak minat..tapi takpe, layan jer...Sekian.... (*-*)

Thursday, November 18, 2010

Ku Redha dengan Ketentuan-Mu

Hurm, entah la hidupku rasa tak berapa nak bahagia kebelakangan ini.. Macam2 perkara dan gangguan yang melanda benakku ini.. terasa terasing, terasa disakiti, terasa mementingkan diri, terasa sedih, terasa marah dan macam2 lagi. Hidupku bagaikan tidak keruan.. Mindaku rasa macam tak 'stable'.. Entahla.. kehidupan di tempat kerja sedikit dingin kurasakan....tersangat2. rasa macam nak berhenti kerja aje..tetapi memandangkan aku perlu menampung kos hidup yang tinggi dengan pelbagai komitmen yang menyemak fikiran, memaksaku untuk terus berasa di sini.. Bahagia ker aku? Mula2 aku masuk kerja di sini, aku rasa sangat bosan...tetapi 3bulan lebih aku rasa seronok sekali...tetapi lama-kelamaan setelah menjangkau lebih 6bulan..setelah tingkah laku staff2 amat meluatkan aku...aku rasa sungguh fed-up sekali.. aku tak tahu dengan siapa nak aku luahkan pelbagai rasa yang mencengkam akal fikir. Maka, terus aku ambil keputusan untuk meluahkan sahaja amarahku ini, dendamku, sedihku, sepiku di ruangan blog tercinta ini.. Sedih apabila ku lihat perangai yang pelik2, membuatkan aku jelik. Dan seterusnya memaksa diriku untuk membuat keputusan BERDIAM DIRI, mulut ku katup seerat mungkin.. Namun, gelak sinis ku kekadang memecah ruangan ofis.. nak buat macamana.. memang tabiatku... ketawa... jika ada geng ketawa, memang riuh ofis ini aku buat.. Kehadiranku hanya untuk menambahkan keceriaan sahaja tidak lebih dari itu..bukanlah niat ku untuk merosakkan hidup orang lain.. Keadaan ini ditambah pula dengan sikap bos kecik n bos besar yang berubah2 angin disebabkan stress sangat dengan kerja mereka yang bertimbun2 banyaknya.. Kerja ku disini tidak la banyak.. Paling banyak kerja2 untuk contract admin depart..memang tak terbuat.. kalau ku buat, aku akan bertapa di dalam bilik filing..tak keluar2 dah...mungkin dalam bulan Disember @ Januari..aku akan start bertapa.. tak tertahan hati melihat perangai manusia yang bermacam2 ragam. kekadang mau ku lari dari semua masalah ini.. tapi ke mana harus ku lari?????????? mungkin ke pulau jalan yang terbaik kan? Memang aku belajar komunikasi, aku belajat gelagat manusia dalam organisasi..memang aku ada belajar..tetapi aku manusia biasa..punya hati dan perasaan..bila ada orang yang tak reti bahasa tentunya aku marah..bila ada orang yang sakitkan hati aku tentunya aku sedih..selalu juga aku fikirkan "Alangkah Bagus Jika Hati Aku Sekeras Batu"...tidak mudah patah semangat, tak makan maki hamun, tak "lut" dek serangan kata-kata pedas...Alangkah...Alangkah... Buat masa sekarang hanya ada seorang insan yang sudi menemani taat sukar dan duka..hanya seorang..itu pun aku tidak pasti..tidak pasti akan dirinya..tidak pasti akan diriku juga... Ya Allah, kau tabahkan hati ku dalam menempuh dugaan Mu yang sungguh menguji tahap keimananku.. Engkaulah sahaja yang Maha Mendengar & Melihat Setiap Kejadian dalam Perjalanan Hidupku.. Sesungguhnya Aku Berserah.........

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha

Hi semua...rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.. So, pagi raya tadi boring2 kat umah..i pun gi la usha lembu disembelihkan kat area rumah i.. pengalaman pertama tengok 'live'.. teruk gak la mereka kerjakan lembu tue..hehe..dengan darah yang berlumuran..dah tu i sorang je perempuan kat situ..nak cover line, i bawak la anak buah yang kecil tu..jenuh gak la daki bukit sampai ujung jalan di mana terletaknye tempat penyembelihan tersebut.. Sampai termengah2 i dibuatnya..ditambah dengan mendukung baby tu...penat sungguh...kalau diikutkan malas jugak nak gi usha..disebabkan adik i bawak balik idup2 ekor lembu siap belum potong laie.tu yang menyebabkan i nak gi usha sangat tu. kisahnya, abang ipar i nak wat sup ekor , tu yang amik ekor lembu tu..tak habis kat situ, i gi la surau nak usha mak2 n makcik2 memasak..lama gak lak kat situ..tak lama lepas tu dah siap makan n minum tiba la masa untuk pulang...tak larat nak turun bukit, i suruh abang i hantar balik dengan motornya...maka selamat la sampai di rumah.. anak buah kemain happy...balik2 jer terus masuk buai n tido...letih sungguh gamaknya..hehe..so, aktiviti hari nie just sitting on d couch n watching d televisyen..nasib baik ada cerita yang menarik kat tv..cerita mat saleh pun i layan..bosan la katakan..raya haji tak semeriah raya puasa kalau kat K.L nie..kalau kat belah utara meriahla jugak.so, nak pergi mana kan..nak tengok wayang pulak takade new movie..sudahnya duduk la kat umah...adeh!.. so agihan daging lembu yng diperolehi setakat hari ni ialah sebanyak 4 bungkus...banyak tue..cukup sampai seminggu..ha, makan la pepuas...breakfast ari nie, nasi impit dengan rendang daging beserta dengan tepung talam. tengahari punya menu, nasi goreng..malam tak tau lagi apa menu..so, layan.. besok dah kena kerja..oh,tidakkkkkkk...malasnya kurasakan....hehhehe..so, salam aidiladha..enjoy ur holiday bloggers...

sekadar gambar hiasaan.. :)   


moooooo...selamat hari raya kawan2...

Wednesday, November 10, 2010

Sifat Kelahiran Bulan Februari..

Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


Sifat orang yang lahir pada bulan Februari biasanya:-
~Berfikiran abstrak.
~Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
~Bijak dan pintar-
~Berperwatakan yang mudah berubah.
~Mudah menawan orang lain. 
~Agak pendiam.
~Pemalu dan rendah diri.
~ Jujur dan setia pada segalanya.
~ Keras hati untuk mencapai matlamat.
~Tidak suka dikongkong.
~ Mudah memberontak apabila dikongkong.
~ Suka kegiatan yang lasak.
~ Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
~ Mudah mempamerkan marahnya.
~ Tidak suka benda yang remeh-temeh.
~ Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah
So, inilah antara ciri-ciri yang pada diri den ni ha...semoga uols dapat menerima seadanya...
Sekian..

Mari Join contest Jelly beku dan dapatkan hadiah dari London

LET'S JOIN "jellybeku" CONTEST TO GET EXCITING gift.

Tuesday, November 9, 2010

REUNION CLASS 2004/2005



Ninie, ME & Nour
Hari minggu yang lepas bertarikh 06 November 2010, telah diadakan mini reunion kat McDonald Sri Gombak. Reunion ini telah dihadiri oleh beberapa kerat sahaja warga kelas ex-lower & upper 6 Murni, SMK Gombak Setia yang mana tempat aku menamatkan zaman persekolahan. Kelas Murni nie, kelas yang mempunyai ramai student tetapi malangnya, ramai juga yang meninggalkan form 6 dengan berhijrah ke universiti, matriks etc. Tetapi reunion tersebut hanya disertai seramai 8 orang sahaja. Walaubagaimana pun, reunion ini menjadi reunion yang the best sekali..kepala masing2 gegila..layan..bayangkan daripada pukul 12tghari sampai la ke jam 06.30ptg. Macam2 la story yang keluar bila berjumpe kan.. seronok sangat,..

Inilah antara rakan2 yang datang memeriahkan majlis ringkas ini..
dari kiri hujung: Ratna, Diha, Fara, Suhaizan, Ninie, Nour & Eli..
ayam goreng McD..aku punyer..licin, tinggal tulang jew. ekeke

ninie punyer, bubur ayam mcd n sundae..slurp!
Posing time...Look at somebody coming...huhu
fara, diha & ratna
 
Karaoke Time @ KTV Sri Gombak
ezzaty join di saat akhir..singing babeh!
layan...
suhaizan nyanyi tangkap leleh tue.. syahdu beb..
Kenangan abadi terpahat di hati..eceh!

HAPPY BIRTHDAY NURUL NABILAH..



Last time, wat makan sempena bufday gurl, Nabilah anak buah tercinta.. Pejam celik sekejap je dia dah masuk umur 6tahun. macam tak caya lak.. umur aku pun makin meningkat naik la beb..risau lak jika ku tengok tang umur nie..orang kata, umur ni sensitif...iye ker? tepuk dada, tanyalah hati uols.. Kali ini, birthday gurl ni hanya dihadiri oleh family ku sahaja. tak lebih daripada itu..ala, makan utk anak-beranak jew. mana la ada duit nak wat besau2. So, pada hari tersebut..abang iparku buat Mihun sup + soto.. sedap menjilat kuku dan jari..hihihi..

So, layan picture yang bagi aku the best shot la..ekeke..aku la photographer nyer..ok tak?

SELAMAT HARI JADI...budak tecik..

Mihun Sup..yummy..

Hadiah daripadaku..simple jew..utk bebudak..

SEKiAN...

HATI & PERASAAN



Perlukah kita menjaga hati dan perasaan orang? Sedangkan hati kita dipijak dihenyak lunyai..Tak ada sesiapa yang peduli. Bak kata orang la..Aku tak kata..hehe.. "Hancur Luluh Hatiku, Tiada Sesiapa yang Peduli".. Hati dan perasaan ini sungguh sensitif lebih2 lagi dengan kutukan, maki hamun, cakap belakang etc.. Macamana kita nak tangani perkara ini.. Aku bukan cakap pasal orang..Pasal diriku ini.. Aku ni seorang pendengar dan penasihat yang baik.(eceh, perasan).tapi itulah kenyataan..Bila aku terlebih menjaga perasaan orang. Balik2 aku yang makan hati..Yang orang2 nie tak makan saman sungguh.. Paham2 sendiri sudah la.. Bila ku luah, kata aku ni terlalu sensitif..memang..memang aku sensitif..so what? Korang macamla tak pernah rasa sensitif.. tipu la kalau korang kata korang jenis yang cool..mana nak cari orang jenis macam tue.

Contoh, bila si suami kena queen control ngan bini...memang la diikutkan aje kata bini itu..tapi dalam hati yang kecil, Tuhan saje yang tahu kan..
Contoh lain, member baik buat 'taik' ngan uols, xkan tak touching kot..musti la bengang, marah, tensen semua ada..klu orang yang tak sensitif ngan hati dan perasaan ni, maka dia akan buat 'bodo' je atau 'redha' je.. Ko redha ker kalau member wat 'taik' kat korang..

Ha, gitula peranan hati. yang mana link dengan perasaan anda semua.. So, bagi mereka2.. takkan la den ni nak tatang hati uols bagai minyak yang penuh?????? Korang dah besar panjang, sekolah tinggi, IQ tinggi.. Fikir2kan lah..dan selamat beramal..

Sesungguhnya, menjadi satu dosa apabila kita menyakiti hati dan perasaan manusia..


sekian...
 
Blog Template by Delicious Design Studio