Monday, July 20, 2009

NOKIA E71



Gambar kenangan aku bersama NOKIA E71..tepon aku ni baru je hilang dalam bulan 11 2009. Sedih gilerr beb..mana taknyer..tepon tu dah la aku buat loan ngan Courts. dah nak abis pun utang..elok tinggal 1 bulan je genap2 usia tepon aku tu setahun,tetibe aje missing.. Citernyer, aku ditugaskan utk "backup" staff kat courts Mega Store,Mutiara Damansara. dorang tak cukup staff utk cover promotion CLEARANCE SALE.aku mati2 tak nak gi..macam2 alasan aku bg.takde wuit la, jauh la..memang patut pun beb, tengah bulan..sape nak gi.masing2 kering..aku pun tabahkan hati pergi dengan terpaksanyer. Ada hikmah nape aku tak nak gi..kan xpasal2 tepon aku ilang..tepon dh la baru..masih HANGAT DI PASARAN..first edition tu..masa aku nak bli,member2 aku ckp ''buat ape la ko nak bli CALCULATOR ni''..dorang panggil calculator beb..siot tul.. tapi aku suka sebab macam netbook..keypad dia best..korang tau tak? dalam tepon tu ade 2GB memory card full ngan gambar2 baru & lagu yang baru aku download.tetibe aje LOST...iskh22..sop..sop..sop..sedih gilerr..dengar citer, org yang panjang tangan tu budak2 customer service yang backup sana sama ngan aku..Pompuan tu.Melayu.. sakit tul ati aku..tapi nak wat camner..redha jer la..aku NEKAD NAK BLI TEPON NOKIA E71 TU BALIK..CASH..INSYAALLAH LA KALAU DIIZINKAN LAH..hopefully,tercapailah hajat aku ni..Aminnn..korang doakan gak lah ye..
WANT TO DO KNOW ABOUT ME?

~Nak tahu pasal aku? Nama aku Siti Hajar..nama penuh sekali dengan nama bapak tak perlu la aku bagitau..secret dow..Dulukan, aku kerja kat Courts Mammoth Sdn Bhd, cawangan Selayang..ala dekat ngan Selayang Mall..aku kerja besa-besa je..bahagian Sales..best gak la kerja sana..2 tahun 1/2 aku berkhidmat kat company tu.. kat sana, macam2 pengalaman aku dapat..mula2, aku start keje buat kerja2 office ni. Filling document, masukkan data customer dalam system, jadi cashier dan macam2 lagi la.. tapi aku kat department tu tak lama sebab assistant manager aku offer aku tukar department sales..Assistant manager aku masa tu, En. Shamsul Halim Ahmad Dani. dia garang..tapi hati dia memang baik..pernah sekali tu ari khamis, aku nak kena balik awal nak jumpe hubby aku..tetiba lak, dia tahan tak bagi aku balik..alasannyer sebab promotion start esok, so ari khamis tu kena siapkan semua(buat price, gantung banner, bunting, etc.)Nak menangis aku..yolah,time tu dah la poket aku koring..nak gi mintak la kat hubby aku. abis tu, aku pun merayu la kat dia kata aku nak balik cepat kejar bas. dia suh aku naik teksi. aku cakap la aku tak cukup wuit.. terus dia kasi aku pinjam RM50..terharu aku..tu la kisah ex-ass manager aku.. eh, dh melalut lak aku ni. Ha, kita sambung balik. Ha, dia offer aku turun sales.Gaji lumayan katanyer..aku pun aper lagi x pk panjang terus setuju.tapi sebelum aku betul2 masuk sales department.. Customer service plak kosong..so, disebabkan takde orang nak manage customer complaint, terpaksa la aku jaga.merasa la dok meja sendiri.hhehehehe. lepas beberapa bulan bile dh jumpe calon utk dok kat meja servis tu,aku pun masuk lah ke alam sales..Ya Allah, dugaan besar sekali coz kita akan jumpe mcm2 ragam manusia..pening melayan..tp dh jd tanggungjawab..yang bestnyer, kitorang kerja as a family..gaduh2 tu biasa la..tapi bila dh lama2,bila member aku sorang2 berhenti, aku terus jadi tak rasa seronok lagi nk kerja kat situ.lepas tu timbul mcm2 perkara yg tak diingini.bergaduh ngan member sekerja la..terus aku buat keputusan untuk berhenti kerja..sempat gak la aku wat loan beli phone kat courts. aku utang setahun jer.aku beli NOKIA E71..tp elok jer nak abis loan aku tu, E71 aku ilang..iskh,iskh..sedih gilerr beb..Memory card dh la 2Gb,penuh la gmbr, lagu2 baru, video muzik terbaru..alih2, semuanyer hilang dlm sekelip mata ajer..dh nak wat camner kan. aku pun careless. Phone tu mmg ngah hangat lagi pasaran, lesap la..
kita sambung balik. lepas tu aku pun berhenti la kerja n jadi penganggur terhormat kat umah ngan xde duit nyer..start bulan Januari 2010 smp la bulan Mac..Bulan Jan tu aku senang ati dok umah.Masuk bulan Feb, nasib baik aku ade Final Exam Semester 5. so bulan Feb tu dihabiskan dengan study. masuk Mac aku dh meroyan..aku gi interview merata-rata tempat. aku dh tak larat lg nk cari kerja kat satu2 kedai mcm lepas abis form 5. sekarang zaman it. so, aku just click Jobstreet n apply online.senang,tunggu org panggil untuk interview je.. then tak semena-mena, aku pun dipanggil untuk bekerja sbg kerani.temporary je..ok what? kat KLCC..best..sebab aku kerja bawah tanah..aku ade kawan.Name depa: Kak comel, Elly, Umi, kak Dora, Kak Fiza, Kak Angelina, kak Baya, MR.Erly..ha,tu je la kawan2 aku..tak banyak story leh aku kongsi ngan korang..sebab aku pun baru kat sini..tapi aku ngam ngan kak comel & umi coz dorang baik sangat ngan aku..gi makan sama2,gi shopping sama2..ari ni gi karaoke kat ktv sesame..seronoknyer mika2 ni..huhuhu

Tatata..
Cthajar
Ha..baca artikel nie..Nie artikel journal English..aku dah translatekan dalam bahasa Melayu. Lecturer aku, Dr.Jus yang suruh buat & letak dalam blog.Subject yang aku belajar semester berapa ntah " KOMUNIKASI ANTARABUDAYA".Baca la untuk tambah pengetahuan..Korang ni bukan rajin nak baca journal..nak translate lagi la..berjeman..so aku dh mudahkan untuk korang..sila2 lah baca yerr..
COMMUNICATING FOR A NEW AGE BY CAROL KINSEY GOMAN
(STRATEGIC COMMUNICATION MANAGEMENT)


KOMEN ARTIKEL

Artikel ini membincangkan mengenai kesan perbezaan generasi terhadap trend dan kemahiran dalam alam pekerjaan. Perbezaan generasi dalam dunia pekerjaan pada hari ini dilihat mempunyai cara dan kaedah berkomunikasi yang tersendiri mengikut tahap generasi.

Terdapat 4 tahap generasi:-
1)Generasi Veteran-mereka yang lahir dalam lingkungan semasa Perang Dunia Pertama iaitu bermula pada tahun 1927 hingga 1945.
2)Generasi Baby Boomers-manusia yang lahir semasa berlakunya peningkatan peratus kelahiran berikutan Perang Dunia Kedua.(1946 hingga 1964).
3)Generasi X-generasi yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.Jumlah generasi ini adalah kecil berbanding yang lain iaitu dari tahun 1965 hingga 1964.
4)Generasi Y-generasi yang lahir pada tahun 1984 sehingga kini yang dianggap sebagai masyarakat yang lahir dalam dunia moden iaitu abad ke-2o.

Perubahan kehendak dalam sesebuah organisasi berlaku yang mana generasi veteran menggunakan struktur organisasi dengan membahagikan pekerja mengikut tahap hierarki yang tinggi yang mana komunikasi antara pekerja dikawal dan ada had mengikut pangkat,nama dan kedudukan seseorang dalam organisasi. Generasi X yang memasuki era dot.com melihat dalam sudut yang sama dengan bersetuju akan hakikat pentingnya penetapan matlamat,misi dan visi dalam organisasi dan berkehendakkan lebih kepada mutu, produktiviti dan keuntungan yang baik.

Penggunaan komputer yang dilihat sebagai keperluan dalam kehidupan menyebabkan individu perlu bekerja dengan cepat dari satu perkara kepada perkara yang lain. Keadaan ini menyebabkan cara berkomunikasi berubah bagi generasi X dari "perkataan" kepada "grafik". Teknologi memaksa generasi muda beralih dari komunikasi "passive" atau "pushing" kepada komunikasi "active" atau "pulling". Generasi Y perlu bergerak aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti pertukaran maklumat yang semakin canggih pada masa kini. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dan kehilangan minat terhadap dunia ICT ini yang menjadi alat penghubung terpenting dalam sesebuah organisasi. Cara komunikasi moden seperti blog dan sms merubah cara kerja generasi muda yang mana e-mail dianggap sebagai kaedah komunikasi yang "outdated". Keadaan ini dianggap sebagai transformasi dalam organisasi.

Kesimpulannya, setiap tahap generasi mempunyai keistimewaan dan kaedah serta strategi yang tersendiri dalam organisasi yang dipimpin. Generasi X dilihat sebagai generasi yang lebih terdedah kepada cabaran-cabaran dalam dunia global pada hari ini khususnya dalam alam pekerjaan yang semakin mencabar dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk tidak ketinggalan dalam arus moden masa kini.
 
Blog Template by Delicious Design Studio